Kerajaan Pakatan Rakyat Bina Sekolah Islam Antarabangsa di Pulau Pinang

  • Sekolah Islam bakal dibina
  • Dari kiri: Mansor, Mohd Rashid, Guan Eng dan Abdul Malik menunjukkan pelan dan gambar sekolah agama bertaraf antarabangsa yang bakal dibangunkan tahun depan.

GEORGETOWN – Kerajaan negeri bakal membina sebuah sekolah berunsur keislaman bertaraf antarabangsa di negeri ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, projek yang bakal dimulakan tahun depan itu adalah kerjasama antara pihaknya dengan Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Bhd.

“Projek itu akan dikendalikan sebuah badan bawah kerajaan negeri, Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) yang bertanggungjawab membina sebuah Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang di atas Lot PT 260, Mukim 10 daerah Barat Daya.

“Tanah itu terletak di Jalan Persiaran Relau berhampiran Sekolah Kebangsaan Relau, Sungai Ara. Tanah seluas 1.97 hektar ini diserahkan kepada YIPP untuk proses pembangunan.  Pihak YIPP akan bekerjasama rapat dengan pihak Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad bagi membangunkan projek ini,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, projek itu bakal dilengkapi dengan blok pentadbiran akademik, dewan serbaguna, kompleks sukan, dan asrama pelajar.

“Dengan pembinaan sekolah bertaraf antarabangsa ini, ia menjadi sebuah mercu tanda baru di negeri ini dalam memartabatkan Islam di Pulau Pinang. Projek ini juga bakal mempromosikan Pulau Pinang sebagai hab pendidikan di rantau ini memandangkan inilah satu-satunya sekolah Islam bertaraf antarabangsa di kawasan utara tanah air.

“Projek ini dijangka bermula pada tahun depan dengan kos pembinaan RM6 juta. Kos itu akan ditanggung Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad yang mana ia dijangka siap dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Guan Eng berkata, dengan pembangunan itu, ia dapat meningkatkan syiar Islam di Pulau Pinang sekaligus meningkatkan mutu pendidikan Islam di Pulau Pinang.

Turut hadir, Pengerusi YIPP, Datuk Mansor Othman, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon dan Exco Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Pengumuman pembinaan Sekolah Islam Antarabangsa Pulau Pinang adalah pengumuman ketiga dibuat kerajaan negeri dalam  penubuhan institusi pendidikan di Pulau Pinang.

September lalu, Guan Eng mengumumkan penubuhan Kolej Damansara Utama (KDU) dan sebuah universiti antarabangsa, University of Hull di Batu Kawan.

sumber : Sinar Harian

Posted on October 19, 2013, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: