Pas Pulau Pinang Kunjungi TYT

image

Usai kunjungan hormat wakil  Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang bertemu Tuan Yang Terutama (TYT) Negeri Pulau Pinang Tun Dr Hj Abd Rahman Hj Abbas di kediaman rasmi beliau Seri Mutiara P.Pinang.

Pertemuan yang turut disertai oleh YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa selaku Timbalan Pesuruhjaya, Us Mohd Yusni Mat Piah Ketua Pemuda PAS P.Pinang, Sdr Fadzil Kemi Setiausaha PAS P.Pinang, Sdr Iszuree Ibrahim Bendahari PAS P.Pinang, Ustzh Rahmah Md Isa & Pn Maziah Khamis masing-masing sebagai wakil Dwn Muslimat PAS P.Pinang, banyak memberi fokus kepada hal ehwal kemajuan & pembangunan Islam di Pulau Pinang. Perbincangan turut  menekankan tentang kepentingan kestabilan kuasa politik yang ada untuk memelihara kepentingan Islam disamping memperkukuhkan institusi masjid di Pulau Pinang.

TYT juga memberi penegasan bahawa tanah-tanah wakaf yang ada di Pulau Pinang perlu dibangunkan secara serius & terancang kerana ia adalah aset umat Islam sejak turun temurun yang wujud di Pulau Pinang.

TYT sangat ceria apabila diberitahu bahawa Majlis Agama Islam Negeri P.Pinang (MAINPP) yang dianggotai PAS telah bersetuju menubuhkan Perbadanan Wakaf Pulau Pinang sebagai anak syarikat MAINPP yang akan memaksimakan usaha untuk membangunkan tanah wakaf seluruh Pulau Pinang secara serius. Satu jawatankuasa teknikal khas yang dipengerusikan saya sendiri selaku wakil PAS dalam MAINPP untuk menubuhkan perbadanan tersebut telah bermesyuarat beberapa kali serta membuat lawatan bagi merangka penubuhan & perjalanan perbadanan tersebut dengan lebih terperinci.

Diakhir pertemuan, TYT mengucapkan terima kasih atas kesudian kami mengunjungi beliau. TYT turut memberi keyakinan & harapan kepada kami untuk terus aktif melakukan gerak kerja membangunkan Islam khususnya di Pulau Pinang.

Catatan oleh:
AFNAN HAMIMI DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha DPPN P.Pinang

26 Jun 2014

image

image

image

Posted on June 26, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: