SURAU BERGERAK, BAZAR RAMADHAN & MAINPP

Sambil memandu ke Mesyuarat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) pada pagi Khamis 19 Jun yg lalu, terbayang dlm fikiran saya alangkah bagusnya jika semua Bazar Ramadhan di Pulau Pinang kali ini, para peniaga & pengunjungnya dapat bersama-sama solat fardhu Maghrib berjemaah dengan selesa di tapak bazar Ramadhan, berbumbungkan khemah yg lengkap kipas angin berteknologi tinggi, tempat berwudu’, tandas bergerak serta ruang yang tertutup untuk muslimat bersolat. Semua itu berlaku setelah mereka berbuka puasa beramai-ramai apabila mendengar laungan azan yang dikumandangkan menggunakan pembesar suara yang disediakan di tapak Bazar Ramadhan tersebut.

Kesibukan aktiviti jual beli di Bazar Ramadhan akan bertukar menjadi suasana pengabdian kepada Allah dengan penuh tawaddu’ & khusyu’ apabila masuk waktu fardhu Maghrib.

Lidah yang riuh rendah memanggil-manggil pelanggan untuk membeli juadah berbuka puasa, lidah itu juga akan lancar membaca ayat-ayat AlQuran ketika solat nanti, di tempatnya berniaga. Alangkah indahnya Islam jika dilihat begitu. Betapa berimannya para peniaga & pengunjung. Betapa mudahnya solat. Betapa berkesannya tarbiah Ramadhan!

Alhamdulillah, apabila dilontarkan idea itu ketika mesyuarat MAINPP pagi itu, semua ahli mesyuarat termasuk YB Dato’ Hj Mohd Salleh Man (YDP MAINPP) mengangguk-angguk terlalu bersetuju agar MAINPP menyemarakkan syiar Ramadhan dengan bentuk polisi yang julung-julung kali seumpama itu di Pulau Pinang!

Mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk mengarahkan anak syarikat MAINPP, Zakat Pulau Pinang (ZPP) yang menjalankan aktiviti memungut Zakat Fitrah melalui kaunter-kaunter bergerak di Bazar Ramadhan seluruh Pulau Pinang untuk mewujudkan “SURAU BERGERAK” seperti yang dicadangkan itu di beberapa lokasi Bazar Ramadhan tertentu sebagai ‘Pilot Projek’ untuk Ramadhan kali ini.

Alhamdulillah, apa yang terbayang di fikiran saya ketika memandu tadi akan jadi realiti!

Jika tandas pun boleh bergerak dgn nama ‘Tandas Bergerak’, selepas ini sudah tentulah SURAU BERGERAK juga boleh bergerak ke seluruh pelusuk Pulau Pinang untuk memberi kemudahan kepada warga Muslim di Pulau Pinang, sekaligus membantu menyelesaikan rungutan mereka yang pulang bekerja & terperangkap dalam kesesakan trafik hingga melewati waktu solat.

Jika para peniaga & pengunjung boleh berhenti untuk berbuka & solat Maghrib di SURAU BERGERAK yang disediakan di Bazar Ramadhan kali ini, sudah pasti ia akan jadi lebih mudah untuk melaksanakan polisi menangguhkan perniagaan ketika waktu Maghrib di semua pasar malam seluruh Pulau Pinang selepas ini.

SURAU BERGERAK oleh MAINPP di Bazar Ramadhan kali ini adalah permulaannya!

Inilah hikmahnya apabila ISLAM itu diberi kuasa & diberi ruang melaksanakan kuasanya, walaupun di negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Ketua Menteri yang ‘not yet Muslim’, Tuan Lim Guan Eng.

Sekurang-kurangnya kami di Pulau Pinang lebih bebas mengamalkan Islam berbanding sesetengah negeri lain yang berketuakan seorang Islam, tetapi menghalang & menyekat perlaksanaan Islam!

Catatan oleh:
AFNAN HAMIMI DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP)
21 Jun 2014

Posted on June 26, 2014, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: