Category Archives: kenyataan media

Kenyataan Media Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang : 19 November 2013

press_statement_19_november

Bagi memperkukuh & memberdaya Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang, Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri P.Pinang pada 14 November 2013 lalu yang dipengerusikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS P.Pinang YB Dato’ Mohd Salleh Man, telah membuat beberapa ketetapan untuk makluman & tindakan Kerajaan Negeri serta Majlis Pakatan Rakyat Negeri P.Pinang, seperti berikut:-

1. Memberi kuasa penuh tanpa sebarang campur tangan yang tidak wajar kepada YDP MAINPP sekarang (YB Dato’ Mohd Salleh Man) untuk mengemukakan makluman keputusan cadangan lantikan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta mana-mana portfolio @ Lembaga Pengarah dalam mana-mana agensi atau anak syarikat dibawah Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Kami difahamkan terdapat campur tangan yang tidak sewajarnya dari pihak Exco Kerajaan Negeri untuk menetapkan Ahli-ahli Majlis MAINPP serta Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat MAINPP untuk sesi akan datang. Jika benar, ianya adalah satu tindakan yang bertentangan etika & semangat Pakatan Rakyat. Tindakan campur tangan ini sangat dikesali.

2. Menambah bilangan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS P.Pinang dari 2 orang setiap PBT kepada 4 orang setiap PBT. Ini adalah manifestasi dari pandangan ahli peringkat akar umbi dalam mesyuarat-mesyuarat agung yang telah dijalankan sebelum ini.

Perlantikan Ahli Majlis MPPP & MPSP untuk kuota PAS ini hendaklah dilantik dengan cadangan & persetujuan PAS P.Pinang.

3. Memberi kuasa penuh kepada PAS P.Pinang untuk memilih & melantik JKKK di kawasan DUN / Parlimen yang ditandingi PAS (6 DUN, 2 Parlimen).

Kami difahamkan bahawa terdapat lantikan JKKK di kawasan yang ditandingi PAS dibuat secara terus kepada individu terlibat tanpa persetujuan & perbincangan melibatkan pihak PAS Kawasan. Tindakan ini juga melanggar etika Pakatan Rakyat.
Ia sangat dikesali.

4. Memperuntukkan kuota mewakili PAS bagi lantikan Ahli Lembaga Pengarah dalam anak-anak syarikat milik / berkaitan Kerajaan Negeri (GLC). Sehingga kini, TIADA mana-mana lantikan yang dibuat mewakili PAS dengan persetujuan PAS P.Pinang. Tindakan ini juga tidak menggambarkan semangat kerjasama Pakatan Rakyat.

Tuntutan / ketetapan ini dibuat berdasarkan beberapa justifikasi seperti berikut:-

1. Mesyuarat Agung PAS Kawasan-kawasan seluruh P.Pinang serta sayap parti (Dewan Ulama, Dewan Pemuda & Dewan Muslimat) yang berlangsung baru-baru ini sebahagiannya membuat keputusan bahawa PAS P.Pinang perlu lebih bertegas dengan pihak rakan Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri P.Pinang supaya diberi peranan & posisi yang seimbang dalam Kerajaan Negeri. Tuntutan ini dibuat berdasarkan maklumbalas ahli-ahli peringkat akar umbi bagi memperkukuhkan PAS dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.

2. Tuntutan & ketetapan ini adalah selari dengan semangat persefahaman & kerjasama yang digariskan dalam Pakatan Rakyat.

3. Ia juga adalah selaras dengan slogan CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) yang diamalkan Kerajaan Negeri. Kami mendapati bahawa slogan CAT ini tidak dipraktikkan dalam hubungan PAS bersama Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

4. PAS P.Pinang akan terus bertindak sebagai juru semak & imbang (check and balance) kepada Kerajaan Negeri & Pakatan Rakyat P.Pinang. Tuntutan & ketetapan ini adalah sebahagian dari fungi semak & imbang tersebut.

5. PAS P.Pinang bimbang dengan campur tangan yang tidak wajar oleh pihak Kerajaan Negeri terhadap MAINPP akan menyebabkan berlakunya ‘Pertindihan Kuasa’ yang akan mengganggu kelancaran pentadbiran & organisasi MAINPP yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.

6. Walaupun PAS P.Pinang hanya memiliki 1 kerusi DUN, ia tidak bermakna suara, sumbangan, khidmat & profesionalisma PAS di Pulau Pinang dipinggirkan.

Dengan ini, PAS P.Pinang membuat penegasan bahawa:-

1. PAS P.Pinang hendaklah dilibatkan dalam apa-apa perbincangan dasar & polisi yang hendak dirancang oleh Kerajaan Negeri sebelum ia dilaksanakan. Perbincangan tersebut hendaklah melibatkan organisasi, bukan secara individu. Hal ini amat perlu kerana ahli-ahli PAS, penyokong dan pendokong PAS tidak mengizinkan PAS dilihat seperti boneka rakan Pakatan Rakyat terutamanya di P.Pinang.

2. Sebarang perlantikan politik terhadap mana-mana jawatan, portfolio, posisi dalam Kerajaan Negeri yang melibatkan kuota PAS mahupun pimpinan atau mana-mana ahli PAS, mestilah dengan perbincangan dan persetujuan PAS P.Pinang. Jika tidak, PAS P.Pinang tidak mengiktiraf penglibatan individu tersebut sebagai mewakili parti dan akan mengambil tindakan keatas individu berkenaan, serta menganggap tindakan ini sebagai mengenepikan PAS P.Pinang.

3. PAS P.Pinang dengan penuh hormat akan menarik diri serta meletak jawatan dalam beberapa tawaran jawatan, portfolio dan posisi jawatan tertentu dalam Kerajaan Negeri jika tuntutan & ketetapan ini tidak diambil serius oleh pihak Kerajaan Negeri & Majlis Pakatan Rakyat.

PAS P.Pinang juga akan mengkaji kembali kedudukannya dalam Pakatan Rakyat P.Pinang jika tidak lagi diperlukan dalam Kerajaan Negeri, demi memelihara prinsip & maruah perjuangan.

Sekian, terima kasih.

Mohd Fauzi b Yusof
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS P.PINANG

15 Muharram 1435H / 19 November 2013

SYABAS RTM : LIPUTAN LANGSUNG UCAPAN YAB MENTERI BESAR KELANTAN

Dato Ahmad Yaakob di TV1

Dato Ahmad Yaakob di TV1

1. Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang mengucapkan syabas kepada RTM atas liputan langsung ucapan YAB Menteri Besar Kelantan ketika Majlis Perasmian Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan di Balai Islam Lundang Kota Bharu, yang disiarkan secara langsung di televisyen & radio pada malam ini.

2. DPPN P.Pinang berpandangan bahawa langkah profesional RTM sebegini sepatutnya telah dimulakan lebih awal & diperluaskan kepada semua ketua-ketua kerajaan negeri Pakatan Rakyat khususnya Pulau Pinang & Selangor, termasuk seluruh Ahli Parlimen & ADUN dari kalangan Pakatan Rakyat yang telah dipilih secara sah oleh rakyat dalam PRU13 yang lalu.

3. RTM perlu sedar bahawa antara sebab majoriti rakyat menolak BN dalam PRU13 adalah disebabkan akses media yang begitu berat sebelah & menafikan hak ketua-ketua kerajaan negeri serta pemimpin PR untuk turut muncul di media arus perdana, sedangkan wang cukai yg dibayar rakyat juga turut digunakan kerajaan untuk membiayai perjalanan RTM.

4. DPPN P.Pinang percaya bahawa rakyat yang bermaklumat adalah aset terbesar sebuah negara yang membangun & bertamadun bertaraf dunia bahkan dapat memupuk kestabilan politik & perpaduan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Bukankah ini hasrat kerajaan minoriti BN yang dilaung-laungkan?

AFNAN HAMIMI BIN DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha DPPN P.Pinang
Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dwn Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

1 Syaban 1434H / 10 Jun 2013

Kenyataan Media Presiden PAS : Fenomena Amanat dan Takfir

Tuan Guru Bakal Perdana Menteri Malaysia

Saya tidak menduga petikan ucapan saya diawal 80-an telah dimartabatkan oleh seorang peniaga agama dalam PAS yang telah melompat masuk UMNO selepasnya, telah dijadikan satu polemik. Petikan ucapan saya ini pula secara terancang telah dijadikan hujah untuk merendahkan PAS, dan saya dijadikan sasarannya. Saya percaya bahawa isu lama ini diberi nyawa semula oleh UMNO, mungkin kerana menutup isu yang dikira menghantui mereka, seperti kegusaran generasi peneroka FELDA dan penyelewengan yang berlaku kepada FELDA, riuh-rendah pembongkaran Deepak, penganiayaan mereka terhadap orang Melayu, dan lain-lain kelemahan kerajaan UMNO-BN yang begitu menekan mereka di hujung penggal pemerintahan ini. Alhamdulillah, saya baru sahaja selangkah kehadapan untuk menyahut cabaran, manakala mereka pula berundur sepuluh langkah kebelakang.

Isu “takfir” (kafir mengkafir) dicetuskan oleh golongan sekular di dalam UMNO, diseluruh dunia Islam, termasuklah di negara Arab, bagi menyanggah kebangkitan Islam di zaman selepas mencapai kemerdekaan seawal tahun 60an. Kebanyakan kalangan umat Islam menjadi mangsa serangan pemikiran barat sehingga berjuang menganut ideologi yang dibawa oleh penjajah ke dalam masyarakat Islam. Kalangan umat yang masih menganut Islam, tetapi kerana jahilnya telah menghina hukum-hukum Islam yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadith sahih lagi mutawatir, seperti halal dan haram, hukum-hukum yang berkait dengan negara dan masyarakat, politik,ekonomi dan sebagainya.
Read the rest of this entry

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS P.PINANG BERKAITAN ISU ‘KONSERT ARAK’ DI PANTAI BATU FERINGGHI.

sumber : Sinar Harian

Dewan Pemuda PAS P.Pinang membantah sekeras-kerasnya penganjuran ‘Konsert Arak’ di pantai Batu Feringghi seperti yang dilaporkan Sinar Harian pada 10 Nov 2012 yang lalu.

DPPN P.Pinang juga difahamkan bahawa ‘Konsert Arak’ tersebut diberi lesen sementara oleh pihak Majlis Perbandaran P.Pinang (MPPP) seperti yang disebutkan oleh Ahli MPPP Ong Ah Teong dalam Sinar Harian 11 Nov 2012.

Penganjuran ‘Konsert Arak’ di tempat awam ini jelas mengganggu sensitiviti umat Islam & masyarakat setempat apatah lagi difahamkan khemah konsert tersebut dibina berhampiran dengan masjid berdekatan. Walaupun ianya dikatakan konsert tertutup, tetapi bunyi bising dari konsert berkenaan mengganggu penduduk sekitar yg majoritinya terdiri dari umat Islam terutamanya yang sedang beribadat di dalam masjid. Ini jelas melibatkan sensitiviti agama yang harus dihormati semua pihak yang terlibat dalam penganjuran konsert arak ini.

Read the rest of this entry

Musa diberi tempoh 48 jam

GEORGE TOWN – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir hari ini diberi tempoh 48 jam untuk kemukakan bukti kononnya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Abdul Halim Hussain mempunyai kepentingan dalam projek Taman Tema Escape di Teluk Bahang. “Terlebih dahulu saya ingin menafikan bahawa saya ada kepentingan peribadi dalam projek tersebut.

“Tuduhan ini adalah berniat jahat dan berunsurkan fitnah yang ingin mencemar dan memburukkan imej saya sebagai Speaker DUN,” tegas Abdul Halim dalam sidang media yang diadakan di sini, hari ini. Abdul Halim turut berkata bahawa sebagai Speaker DUN dan mana-mana wakil rakyat serta pemimpin yang diamanahkan oleh rakyat, adalah menjadikan ‘berkhidmat kepada rakyat’ sebagai kepentingan utama.

“Jelas bahawa kenyataan beliau (Musa) berniat jahat, fitnah dan mencemar imej saya. “Saya dengan ini memberi Musa tempoh 48 jam untuk menarik balik kenyataan beliau atau beliau akan hadapi tindakan sewajarnya,” tegas Abdul Halim. Pada tahun 2009, Kerajaan Negeri telah mengadakan tender terbuka bagi membida projek Taman Tema Escape.

Di bawah sistem tender terbuka ini juga Sim Leisure International telah terpilih untuk memajukan taman tema tersebut yang dijangka siap (Fasa 1A) pada hujung tahun ini.

 

 

 

Kenyataan Media : Isu Tarian ala K-Pop dalam majlis makan malam ‘Bertam Nite’.

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS P.PINANG

Isu Tarian ala K-Pop dalam majlis makan malam ‘Bertam Nite’.

Merujuk kepada video ‘Bertam Nite’ yang dimuat naik dalam laman youtube serta gambar-gambar berkaitan yang disebarkan dalam laman sosial Facebook, DPPN P.Pinang difahamkan bahawa program tersebut adalah program makan malam anjuran PKR DUN Bertam, dalam Parlimen K.Batas.

DPPN P.Pinang dengan ini menyatakan rasa kekesalan terhadap ‘tarian ala k-pop’ diawal majlis tersebut yang jelas dilihat bercanggah dengan etika, adab susila, budaya Malaysia serta sangat menyalahi syariat Islam.

sumber : darisungaiderhaka.blogspot.com

Jika dikatakan ada unsur sabotaj sekalipun, sepatutnya pihak penganjur perlu segera menghentikan tarian tersebut & tidak membiarkan ianya terus berlangsung sehingga menjadi tatapan hadirin & dirakam secara bebas. Pihak penganjur juga mesti tegas mengambil tindakan kepada pihak yang melakukan sabotaj jika benar ianya satu sabotaj untuk merosakkan imej pimpinan muslim dalam PR khasnya dari PAS.

Read the rest of this entry

KENYATAAN MEDIA Dewan Pemuda Pas Negeri P.Pinang ISU YDP MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

Merujuk laporan Sinar Harian 19/4/2012 serta media-media lain, jelas diketahui bahawa YB Abdul Malik Kassim telah dilantik sebagai YDP MAIPP oleh Seri Paduka Baginda YDPA berdasarkan kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang telah dibuat sebelum ini. YB Dato’ Ust Salleh Man pula telah dilantik semula sebagai TYDP MAIPP.

Kami difahamkan bahawa MMK kemudiannya telah menamakan Pesuruhjaya PAS P.Pinang YB Dato’ Ust Salleh Man sebagai YDP MAIPP menggantikan nama yang telah dipersembahkan pada YDPA sebelum ini iaitu YB Abdul Malik Kassim. Pada masa yang sama juga nama YB Abdul Malik Kassim telah diperkenan oleh YDPA sebelum nama YB Dato’ Ust Salleh Man dipersembahkan kepada YDPA.

Ini bermakna Kerajaan Negeri telah mempersembahkan 2 nama calon YDP MAIPP secara serentak pada masa yang berlainan.

Kesilapan ini telah diakui sendiri oleh Timb Ketua Menteri 1 YB Dato’ Dr Mansor Othman seperti yang dilaporkan media pada hari ini.

Kerajaan Negeri juga difahamkan telah memohon mengadap YDPA bagi menjelaskan kesilapan ini & sedang menunggu perkenan mengadap tersebut.

Maka, atas dasar semangat setiakawan Pakatan Rakyat yang diamalkan, kami DPPN P.Pinang mencadangkan agar YB Abdul Malik Kassim mengosongkan kerusi YDP MAIPP ini dalam kadar segera dengan apa jua cara samada meletakkan jawatan atau menolak perlantikan tersebut, sementara menunggu perkenan YDPA untuk melantik YB Dato’ Ust Salleh Man sebagai YDP MAIPP menggantikan beliau.

Read the rest of this entry

UMNO P.Pinang ‘Jilat Ludah’ Mereka Sendiri!

sumber : http://blog2-pakatan.blogspot.com/2010/10/justice-for-all_08.html

Hari ini UMNO P.Pinang telah ‘menjilat ludah’ mereka sendiri apabila mereka turut meniru tindakan PAS sebelum ini, dengan mengedarkan akhbar Utusan di beberapa taman perumahan sekitar Permatang Pauh, P.Pinang.

Tindakan UMNO sebelum ini bersama beberapa NGO di Putrajaya yang menganjurkan majlis mengoyak akhbar rasmi PAS Harakah, sebagai satu tindakan biadap & tidak bertamadun pada zaman moden kini yang rakyatnya celik maklumat & dunia tanpa sempadan.

Akhbar Harakah diganggu edarannya, dihimpun & dikoyak. Akhbar Utusan milik mereka diedarkan dari rumah ke rumah tanpa sebarang gangguan walaupun dari penyokong PAS.
Inilah bukti sikap ‘double standard’ UMNO!

Jelas bahawa PAS lebih faham tentang kebebasan media & nikmat kebebasan maklumat yang wajar dinikmati oleh semua rakyat.Ianya juga menunjukkan bahawa UMNO sememangnya tidak faham & jahil tentang konsep demokrasi & kebebasan media yang diperjuangkan selama ini. Kebebasan media ini akan lebih terancam jika UMNO & BN terus dibiarkan berkuasa dlm PRU akan datang.
Tindakan yang mereka lakukan ini adalah tindakan ‘orang kalah’ dan ‘bebal’ yang lazimnya bertindak diluar kewarasan akal manusia ketika sedang bebal. Ini juga membuktikan bahawa sememangnya UMNO BN telah tahu bahawa mereka akan kalah teruk bahkan mungkin berkubur dlm PRU-13 nanti.

Maka sewajarnya, marilah sama-sama kita bertekad menolak UMNO BN dalam PRU 13 nanti. Membiarkan UMNO BN terus berkuasa bererti membiarkan rakyat terus diperbodohkan oleh mereka yang biadab & dungu.

“Memimpin Kebangkitan Anak Muda”
Salam hormat;
AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha Dewan Pemuda PAS P.Pinang

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang: Isu Tindakan Koyak Akhbar Harakah oleh UMNO & NGO di Putrajaya

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang: Isu Tindakan Koyak Akhbar Harakah oleh UMNO & NGO di Putrajaya.

DPPN P.Pinang berpendirian bahawa tindakan UMNO bersama beberapa NGO di Putrajaya yang menganjurkan majlis mengoyak akhbar rasmi PAS Harakah, sebagai satu tindakan biadap & tidak bertamadun pada zaman moden kini yang rakyatnya celik maklumat & dunia tanpa sempadan.

Ianya juga menunjukkan bahawa UMNO sememangnya tidak faham & jahil tentang konsep demokrasi & kebebasan media yang diperjuangkan selama ini. Kebebasan media ini akan lebih terancam jika UMNO & BN terus dibiarkan berkuasa dlm PRU akan datang.

Tindakan yang mereka lakukan ini adalah tindakan ‘orang kalah’ dan ‘bebal’ yang lazimnya bertindak diluar kewarasan akal manusia ketika sedang bebal. Ini juga membuktikan bahawa sememangnya UMNO BN telah tahu bahawa mereka akan kalah teruk bahkan mungkin berkubur dlm PRU-13 nanti.

Maka sewajarnya, marilah sama-sama kita bertekad menolak UMNO BN dalam PRU 13 nanti. Membiarkan UMNO BN terus berkuasa bererti membiarkan rakyat terus diperbodohkan oleh mereka yang biadap!

Keluar parti: Umno dicabar tunjuk sijil ahli PAS

KEPALA BATAS, 5 Okt: Dewan Pemuda PAS Kepala Batas mencabar Umno  menampilkan sijil dan nombor keahlian 36 orang yang didakwa pemuda  PAS menyertai Umno di Kampung Bakau Tua,Penaga dua harilepas.Sekiranya gagal bermakna semua itu bohong sebaliknya sengaja mencipta drama untuk mengabui mata rakyat.

Ketuanya,Mohd Hafiz Kasim dalam kenyataanya menjelaskan, setakat siasatan oleh Dewan Pemuda PAS Kepala Batas hanya seorang sahaja merupakan ahli PAS manakala 36 orang lagi tidak mengenali status mereka.

“Umno dah kering modal maka mereka terpaksa mencipta drama untuk mengabui mata rakyat. Mereka terdesak kerana PAS telah mendapat sambutan hebat di Penaga di mana ramai ahli PAS bertambah,” ujarnya.

Katanya, Umno dan  Barisan Nasional (BN) dengki dengan  kemaraan PAS sejak kebelakangan ini maka tiada jalan lain untuk  merendahkan pengaruh yang telah terbina kukuh Umno dan BN terpaksa  mencari jalan bagaimana memporak perandakan terutamanya ikatan dalam Pakatan Rakyat.

Para pemimpin Umno khususnya di Dun Penaga yang berada dalam Parlimen Kepala  Batas merasa gusar sebab pada 1 Oktober 2011 lepas PAS Pusat berjaya  mengadakan Sambutan 60 tahun PAS di Dewan Milenium sebagai tanda  sokongan semua pihak sama ada cendiakiawan, pelajar serta masyarakat umum terhadap PAS.

“Sebenarnya  Umno dan BN nak bagi rakyat pandang kepada Umno sama kerana sejak  minggu lalu masyarakat tertumpu pada program besar PAS. Maka, satu  drama keluar parti
direka,” tegas beliau.Dewan Pemuda PAS  Kepala Batas memang menjangkakan kejadian tersebut akan berlaku sebagai  menandakan pilihanraya umum akan diadakan dalam masa terdekat, katanya.

Bagi PAS, Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim gagal menjalankan  tanggungjawab yang diberikan oleh penduduk dalam menjaga kebajikan mereka.

“Kita memandang serius kegagalan oleh Adun Umno itu dan berharap penduduk usah lagi memberikan undi pada parti yang bakal tengelam di lautan sebaliknya berpautlah pada PAS yang kini mendapat tempat,” tambahnya.