Blog Archives

Penduduk Kg Batu Uban dicadang mohon injunksi

KUALA LUMPUR: Penduduk Kampung Batu Uban, Pulau Pinang hari ini menuntut Kerajaan Pusat mewartakan kampung itu sebagai kampung warisan.

Langkah tersebut dilihat perlu bagi mengelakkan sebarang pengambilan tanah secara berleluasa dilakukan, lebih-lebih lagi ke atas tanah milik orang Melayu.

Wakil penduduk kampung berkenaan, Iszuree Ibrahim, berkata kampung yang berusia lebih 375 tahun itu berada dalam keadaan ‘tidak menentu’ apabila terdapat pihak pemaju yang menunjukkan minat terhadap kampung berkenaan.

Beliau yang juga ahli majlis Perbandaran Pulau Pinang, berkata jika kerajaan mewartakan kampung tersebut sebagai perkampungan tradisi atau warisan, tidak ada pihak yang boleh mencerobohi tanah tersebut.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan memorandum ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam), hari ini.

Iszuree mendesak Suhakam campur tangan dalam hal ini bagi memastikan kampung tersebut diwartakan sebagai kampung warisan, yang merupakan penempatan Melayu terawal di Pulau Pinang.

“Kami pernah menghantar surat kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) berhubung perkara ini.

Read the rest of this entry

Penduduk Kampung Batu Uban Minta Kerajaan Iktiraf Kampung Warisan

30/11/2012 : Batu Uban : Penduduk Batu Uban berdemo di hadapan Masjid Batu Uban selepas solat Jumaat menuntut kepada Menteri Dato Seri Rais Yatim supaya mengisytiharkan Kampung Batu Uban sebagai Kampung warisan Melayu. Kampung ini telah wujud di sini semenjak tahun 1734.

Pihak penduduk telah menghantar berpucuk-pucuk surat kepada Dato Seri Rais tetapi ianya tidak dilayan.