Blog Archives

KOTA BHARU: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa, menyifatkan tawaran tujuh projek pembangunan jika BN menang di Kelantan sebagai suatu penghinaan pada rakyat di negeri itu.

Menurutnya, meletakkan syarat kemenangan BN Kelantan dalam PRU 13 untuk melaksanakan tujuh projek mega Kerajaan Persekutuan amat tidak wajar kerana hak wajib yang patut mereka perolehi melebihi tujuh projek pembangunan.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri berkata demikian dalam sesi wawancara dengan Harakah dan Harakahdaily di pejabatnya petang ini.

Menurutnya, Kelantan sebahagian daripada Malaysia dan menjadi tanggungjawab Persekutuan menyediakan kemudahan sebagaimana negeri-negeri lain.

“Kemenangan tidak seharusnya dijadikan syarat sekiranya Kerajaan Persekutuan jujur dan menghormati rakyat Kelantan kerana apa yang dijanjikan adalah hak rakyat Kelantan dalam negeri berdaulat di Malaysia.

“Tujuh projek mega yang dijanjikan juga sebagai pengulangan kepada janji terdahulu sebelum PRU 12. Jika royalty Petroleum Kelantan diberikan sebagaimana tuntutan sebanyak RM12 billion, Kerajaan Negeri boleh laksanakan sendiri apa yang dijanjikan,”ujarnya.

Tambahnya, sebagai contoh dengan RM50 juta kos pembinaan masjid ikonik, RM2 billion untuk lebuh raya dan lain-lain janji yang disenaraikan yang jumlahnya tidak sampai RM12 billion berbanding tuntutan Kelantan terhadap royalty Petroleum.

Cerita Sebenar Masalah Air di Pasir Mas

sumber : msomelayu.blogspot.com

Selepas saya posting catatan mengenai masalah air bertajuk; Basuh kencing dengan angin, yang berlaku di beberapa jajahan termasuk Pasir Mas, Tumpat dan Rantau Panjang pagi tadi, saya menerima beberapa sms dan persnol masej (PM) dari penjengok blog MT dan rakan Fb yang mengakui akan masalah itu.

Walaupun setengahnya berada di Kuala Lumpur, Kuantan dan Johor Baharu tetapi mereka mengetahui masalah yang menimpa beberapa kawasan di jajahan berkenaan yang tiada bekalan air. Mungkin mereka mendapat info dari keluarga masing-masing. Mereka meminta saya supaya membuat tinjauan sedikit dan menyiasat apakah masalah sebenarnya.

Kerana respon kepada maklumat itu, lepas Jumaat tadi saya bergegas ke loji penapisan air milik syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) di kampung Kelar Pasir Mas. Saya ingin melihat sendiri apa masalah yang berlaku dan tidak suka mendengar maklumat liar dan tidak beretika.

Berbagai andaian timbul ekoran masalah itu. Ada maklumat mengatakan paip besar yang menyalur air ke tangki-tangki di daerah berkenaan pecah. Ada juga yang mengatakan tindakan sebotaj oleh pihak tertentu, dan ada juga yang tuduh masalah itu disebabkan kelembaban pihak AKSB sendiri. Satu lagi tuduhan kononnya pam air di loji di kampung Kelar itu mengalami kerosakan mengejkut.

Read the rest of this entry

Kelantan Tetap Tuntut Royalti

Kelantan tetap tuntut royalti: Husam

Oleh : Berita Harian Online

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak mengiktiraf pembayaran wang ehsan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu menerusi projek pembiayaan projek pembangunan seperti yang diumum Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi.

Exco Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan,dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata kerajaan Kelantan sebaliknya tetap menuntut pembayaran royalti.

Beliau berkata, kerajaan negeri menimbang melantik panel peguam untuk mengkaji tindakan membatalkan perjanjian dengan Petronas yang ditandatangani pada 1975.

Kita juga akan kaji ambil injunksi terhadap syarikat yang menjalankan operasi di kawasan pengeluaran di pesisir Kelantan di mahkamah luar negara iaitu di Amerika Syarikat dan Kanada (iaitu negara asal syarikat berkenaan).

“Namun, kerajaan negeri tidak menutup pintu rundingan dan sedia berundin dengan Kerajaan Pusat,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, sebentar tadi.

Beliau mengumumkan reaksi kerajaan Kelantan berhubung pengumuman Datuk Seri Najib Razak berhubung pemberian wang ehsan kepada Kelantan di Parlimen pagi tadi.

Husam juga mendakwa Perdana Menteri membuat kenyataan salah di parlimen kerana pembayaran kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu disebut royalti walaupun hasil minyak diperoleh di kawasan yang juga melebih tiga batu nautika dari pantai negeri terbabit.

Katanya, walaupun pembayaran kepada Terengganu itu disebut wang ehsan, ia dibuat terus kepada kepada kerajaan negeri.

“Ini berbeza dengan cadangan di Kelantan yang mana wang ehsan itu akan diurus Kerajaan Pusat,” katanya.