Blog Archives

KENYATAAN MEDIA PEMUDA PAS PULAU PINANG: INSIDEN RUNTUHAN MENARA ANTENA BANGUNAN UMNO P.PINANG.

Tuang Menara UMNO Runtuh
1. Dewan Pemuda PAS P.Pinang melahirkan kekesalan atas insiden runtuhan menara antena yang terletak di atas bangunan UMNO P.Pinang lewat petang tadi, yang kebetulan berlaku dalam tempoh seminggu selepas tragedi runtuhan Jambatan Kedua P.Pinang.

2. Kejadian yang berlaku akibat ribut kuat ini menunjukkan bahawa bangunan milik UMNO P.Pinang yg mendapat keuntungan hasil sewaan kpd beberapa pihak ini sudah begitu uzur & tidak terjamin keselamatannya.

DPPN P.Pinang mendesak supaya UMNO P.Pinang segera mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk menyiasat & memberi jaminan akan keselamatan bangunan ini.

Penghuni bangunan UMNO ini juga dicadangkan mengosongkan premis masing-masing hinggalah ianya benar-benar terjamin selamat.

3. UMNO P.Pinang juga wajib mengambil tanggungjawab membayar ganti rugi & pampasan sewajarnya kepada kenderaan-kenderaan yang rosak teruk ditimpa menara antena tersebut & orang awam yang tercedera, tidak hanya sekadar mendoakan kesembuhan mereka sahaja seperti petikan respon Ketua Pemuda UMNO P.Pinang Shaikh Hussin berdasarkan laporan portal berita Malaysiakini.

4. DPPN P.Pinang juga menggesa agar Majlis Agama Islam Negeri P.Pinang (MAINPP) yang sekian lama menyewa di bangunan tersebut agar berpindah sepenuhnya ke premis lain yang lebih selamat, terjamin, luas & selesa.

Inilah masanya MAINPP yang merupakan institusi Agama Islam tertinggi di P.Pinang mempunyai kompleksnya yang tersendiri tanpa perlu menyewa lagi kepada UMNO P.Pinang yang turut menunggu masa untuk ‘runtuh’.

Takziah buat UMNO P.Pinang.

AFNAN HAMIMI BIN DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha DPPN P.Pinang
merangkap
Ahli Majlis Agama Islam Negeri P.Pinang.

13 Jun 2013

970729_10201339328705193_757978651_n 972253_10201339328385185_1843763105_n 7902_10201339329465212_428031734_n

YDP majlis agama bersama sambut tahun baru

BUTTERWORTH: Buat pertama kalinya Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (YDP MAIPP) diundang khas untuk bersantai bersama rakyat ketika sambutan tahun baru 2013 di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam, Butterworth pada malam 31 Disember 2012 malam ini.

Demikian kata pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Generasi Pewaris MAIPP, Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuden kepada Harakahdaily.

Menurutnya, kehadiran YDP MAIPP, Datuk Saleh Man sekitar pukul 11.00 malam ini semata-mata untuk mendekatkan MAIPP dengan orang ramai di samping menyampaikan sedikit ucapan sebagai buah tangan setelah dilantik menerajui MAIPP baru-baru ini.

“Kita buat kelainan terhadap sambutan tahun baru 2013 dengan menampilkan buat pertama kalinya YDP MAIPP, Datuk Saleh Man (gambar kanan) ketengah kemeriahan rakyat menunggu detik jam 12.00 tengah malam menandakan tibanya tahun baru 2013.  Kehadiran Datuk Saleh tidak disia-siakan sebaliknya memberikan sedikit ucapan kepada rakyat yang ada
di tempat berkenaan,” ujarnya yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

Antara pengisian program di malam berkenaan ialah konvoi motosikal berkuasa tinggi dan ARC yang berkumpul jam 8.00 malam di Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh, Persembahan Qasidah, slot H.E.M.O.I Anak Muda, edaran risalah, count down 2013, tayangan multimedia, solat berjemaah, kaunter pendaftaran PEWARIS dan sebagainya.

Program yang dinamakan Operasi Sayangi Masyarakat itu dilaksanakan dengan kerjasama 11 buah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Pulau Pinang.

Ianya bertujuan menyedarkan masyarakat tentang kedatangan tahun baru di samping berusaha mengerakkan dakwah  dalam bentuk santai sesuai dengan kehendak remaja masa kini.

“Kita akan buat yang terbaik malam itu Insya Allah.., ” katanya bersemangat