Blog Archives

Penduduk Kampung Batu Uban Minta Kerajaan Iktiraf Kampung Warisan

30/11/2012 : Batu Uban : Penduduk Batu Uban berdemo di hadapan Masjid Batu Uban selepas solat Jumaat menuntut kepada Menteri Dato Seri Rais Yatim supaya mengisytiharkan Kampung Batu Uban sebagai Kampung warisan Melayu. Kampung ini telah wujud di sini semenjak tahun 1734.

Pihak penduduk telah menghantar berpucuk-pucuk surat kepada Dato Seri Rais tetapi ianya tidak dilayan.

Rais tidak harus berbohong macam Utusan

“Walaupun media arus perdana milik UMNO, tak semestinya blh buat statement sesuka hati. Media terus menerus diperkudakan oleh kerajaan untuk kepentingan politik mereka. Tidak hairanlah Utusan Malaysia selalu mengeluarkan berita tahap budak sekolah rendah kerana Menteri depa pun pemikiran tahap macam tu jugak”

KUALA LUMPUR, 4 Okt:Datuk Seri Rais Yatim tidak seharusnya berbohong seperti Utusan Malaysia, sebaliknya harus membuktikan mana satu program rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dihadirinya mengenepikan Bahasa Malaysia.

Sehubungan itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (gambar) berkata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu telah membuat kenyataan palsu yang berbahaya bahawa program rasmi yang dihadiri beliau di Pulau Pinang hanya menggunakan Bahasa Inggeris dan Mandarin.

“Rais seharusnya tidak berbohong seperti Utusan Malaysia; sebaliknya beliau harus membuktikan mana satu program rasmi anjuran Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang meminggirkan Bahasa Malaysia,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Lim mengesyaki bahawa program rasmi yang dirujuk oleh Rais adalah satu program di Kolej Han Chiang, Pulau Pinang di mana beliau menjadi tetamu kehormat mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 29 September lepas.

Read the rest of this entry