KENYATAAN MEDIA SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-ANSOR BALIK PULAU, PULAU PINANG

1. Merujuk kepada Isu Bantuan Sekolah Agama di Negeri Pulau Pinang dari Kerajaan Negeri, Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA) Balik Pulau, Pulau Pinang menyatakan kekesalan dan kekecewaan terhadap sikap pilih kasih serta diskriminasi yang berbaur politik oleh Kerajaan Negeri pimpinan YAB. Lim Guan Eng.

2. SRIA merupakan sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berdaftar dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan nombor pendaftaran JAIPP/PEND/01-BD-(R)0021 telah beroperasi sejak tahun 2008 dan kini mempunyai murid seramai 215 orang yang majoritinya datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.

3. Berdasarkan rekod terdahulu, SRIA telah menerima bantuan tersebut dari kerajaan negeri dan pada tahun ini, pihak SRIA telah menerima surat makluman pemberian bantuan tersebut oleh pegawai JAIPP pada 3 September 2015, namun surat makluman pemberian bantuan tersebut telah ditarik balik pada hari yang sama oleh JAIPP melalui pegawainya yang hadir ke SRIA untuk mengambil kembali surat berkenaan.

4. Kejadian ini telah menggambarkan bahawa terdapat ‘tangan ghaib’ yang cuba menafikan hak rakyat Pulau Pinang khususnya anak-anak dan waris yang menghantar anak ke sekolah agama rakyat. Pihak SRIA percaya bahawa isu ini berlaku adalah disebabkan campur tangan politik dalam urusan pentadbiran Kerajaan Negeri dan ia merupakan satu kezaliman terhadap institusi pendidikan agama di negeri ini.

5. Pihak SRIA ingin mengingatkan Kerajaan Negeri bahawa wang yang dimiliki oleh kerajaan adalah milik rakyat dan ia merupakan amanah dari rakyat. Sikap ini telah menampakkan kegagalan slogan cekap, akauntabiliti dan telus yang sering diwar-warkan dan rakyat sentiasa memerhati serta sedia menghukum kerajaan yang zalim.

Muhammad Fauzi Bin Yusof
Ahli Lembaga Takbir
Sekolah Rendah Islam Al-Ansor
6 Oktober 2015

Posted on October 6, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: