KENYATAAN MEDIA DPPN P.PINANG KESAL TRAGEDI RUNTUHAN JAMBATAN KEDUA P.PINANG

KENYATAAN MEDIA DPPN P.PINANG
KESAL TRAGEDI RUNTUHAN JAMBATAN KEDUA P.PINANG

1. Merujuk tragedi runtuhan Jambatan Kedua P.Pinang yang berlaku lewat petang tadi, Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang melahirkan kekesalan atas kejadian yang berlaku.

2. DPPN P.Pinang difahamkan runtuhan tersebut berlaku di susur keluar Batu Maung, melibatkan laluan jalan yang digunakan oleh orang awam. Runtuhan yang berlaku ketika kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan menyebabkan sebuah kenderaan jenis Kelisa terperangkap di bawah timbunan runtuhan tersebut. Usaha untuk mengesan pemandu kenderaan tersebut & pekerja-pekerja yang dikhuatiri terperangkap dilaporkan masih giat dijalankan.

Difahamkan juga ianya dikatakan berpunca dari kegagalan struktur sokongan ‘perancah’ yang berfungsi menyokong jambatan yang sedang dibina. Kos baik pulih semula bahagian yang runtuh tersebut dianggarkan bernilai lebih jutaan ringgit.

3. DPPN P.Pinang dengan ini mendesak supaya siasatan segera dilakukan oleh pihak berwajib bagi mengenal pasti punca kejadian runtuh jambatan kedua yang pernah diishtiharkan PM sebagai ‘hadiah’ BN kepada rakyat P.Pinang ini.

4. DPPN P.Pinang memandang serius akan siri-siri tragedi runtuh yang berlaku dalam negara setelah runtuhan sebuah masjid di Terengganu baru-baru ini. Kerajaan & pihak berwajib harus mengambil tanggungjawab sepenuhnya bagi mengelakkan tragedi buruk ini terus berulang & mencemarkan imej negara. Pampasan sewajarnya perlu diberikan kepada mangsa yang terlibat lebih-lebih lagi jika ia melibatkan nyawa & harta benda.

DPPN P.Pinang percaya bahawa rakyat P.Pinang tidak akan menerima ‘hadiah’ yang membahayakan nyawa mereka.

AFNAN HAMIMI BIN DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang

Second penang bridge Collapse M5 jambatan_kedua_runtuh-2

Posted on June 7, 2013, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. ahlee bin ahtan

    Cergas Murni Sdn. Bhd, sebuah syarikat kontraktor yang dilantik oleh PDC pada tahun 2010

    Tidak sampai seminggu selepas insiden bot karam di Belaga di mana bapa Guan Eng, Kit Siang segera menuding jari dan menyalahkan Kerajaan Negeri, Ketua Menteri dan Barisan Nasional, tragedi runtuhan susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang seharusnya menjadikan Lim Guan Eng sebagai sasaran tudingan.

    Projek berkenaan memang projek kerajaan pusat tetapi yang mengendalikan projek tersebut adalah kerajaan negeri yang diketuai oleh Lim Guan Eng. Kontraktor yang dilantik adalah kontraktor kerajaan negeri.

    Menghalakan kesalahan kepada Kerajaan Pusat bukanlah sesuatu yang wajar dilakukan oleh DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang. Persoalan mengapa DAP dan Lim Guan Eng tidak pernah bertanggungjawab atas segala masalah yang ditimbulkannya bukanlah perkara baru.

    Hampir kesemua masalah yang diutarakan membabitkan dirinya akan dialihkan kepada kerajaan pusat. Keserakahan merampas tapak perumahan mampu milik untuk warga marhein di Taman Manggis sebagai contoh, dipersalahkan kepada kerajaan pusat. Kemudian apabila penyelesaian cuba dibuat, Guan Eng berdolak dalih dan kemudian mengumumkan bahawa tapak baru yang katanya lebih luas dan lebih dekat dengan pusat bandar.

    Biarpun kemudiannya diketahui bahawa pengumum tersebut adalah penipuan semata-mata namun Guan Eng langsung tidak berasa bersalah dan malu.

    Tragedi runtuhnya susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang itu bakal menyaksikan Guan Eng berdrama lagi. Apatah lagi tiada mana-mana pihak dari kalangan UMNO dan Barisan Nasional yang menuding jari kepadanya sepantas yang dilakukan oleh bapanya, Lim Kit Siang.

    Yang pasti tekanan akan dilakukan oleh para pecacai DAP dan pemuja tegar Lim Guan Eng untuk menyalahkan Kerajaan Pusat selain memutar belitkan fakta sedia ada.
    Posted by Melayu Berwawasan at 6:00 PM
    Email This
    BlogThis!
    Sha

    • Itu projek federal la…mana state government boleh masuk campur urusan pemilihan kontraktor..
      lebih2 lagi state PR yang pegang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: