Jambatan kedua runtuh salah siapa??? Projek siapa????? Ni Bukti berGambar+Video

3 cedera dalam runtuhan penyambung jambatan ke-2 PP
Tiga orang disahkan cedera akibat runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di George Town malam ini.Dua daripada mereka adalah pekerja asing iaitu warga Indonesia yang dikenali sebagai Slamat, 36, dan warga Myanmar Tin Maung Iwin, 39. Mereka menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan dilaporkan stabil..

Runtuhan terbabit dianggarkan seberat 200 tan dan panjang 50 meter.

Sehingga jam 11 malam semalam, seramai 48 anggota termasuk pegawai polis; 11 anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan 50 anggota bomba dari lima balai sedang bertungkus lumus meneruskan usaha mencari dan menyelamat.
“Ini adalah kemalangan yang paling buruk melibatkan binaan yang pernah berlaku di Pulau Pinang,” kata Sim yang merupakan bekas jurutera awam.

Jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada September 2013. -MalaysiaKini
Dalam kunjungannya ke Pulau Pinang semasa kempen pilihanraya 13 sedang berlangsung Mei lalu, Presiden UMNO telah mengumumkan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang berharga RM4.5 bilion yang boleh digunakan pada September depan ini adalah hadiah dari kerajaan Barisan Nasional buat rakyat Pulau Pinang..

Bagaimanapun penghujung struktur yang Najib umumkan sebagai hadiah buat rakyat Pulau Pinang ini telah runtuh sekitar jam 7.00 malam tadi..

Fakta1.
Jambatan Kedua Pulau Pinang dibangunkan oleh KERAJAAN PERSEKUTUAN melalui Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) sebagai sebahagian daripada pembangunan Koridor Ekonomi Wilayah Utara.2. Sejumlah RM1 bilion daripada perbelanjaan itu bagaimanapun diperoleh oleh syarikat dari China, China Harbour Engineering (CHEC) yang turut terlibat di dalam pembinaan jambatan itu.

Fakta 2 :
Overview[edit]
The Penang Second Bridge is a High Impact Project (HIP) launched under the Ninth Malaysia Plan. Being a High Impact Project, it is seen as a key catalyst in the socio-economic development of the Northern Corridor Economic Region (NCER) of Malaysia. The project is being delivered by a special purpose Concession Company formed by the government of Malaysia, Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB). The bridge measuring a total of 24 km in length is being constructed by UEM Builders Sdn Bhd, a subsidiary of the UEM Group Malaysia, as well as China Harbour Engineering Company (CHEC), a subsidiary of the China Construction & Communications Group (CCCG). Construction of the bridge linking Batu Kawan on the mainland and Batu Maung on Penang Island, began in 2007. It is scheduled for completion by September 2013 and the bridge will be opened to traffic on 8 September 2013.

History[edit]
In August 2006, the Malaysian federal government unveiled a plan to build the Penang Second Bridge in the Ninth Malaysia Plan. On 12 November 2006, the groundbreaking ceremony for the new Penang Second Bridge was performed by the fifth Prime Minister of Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. – Wikipedia

BUKTI PROJEK MEGA JAMBATAN KEDUA PENANG PROJEK BN

Fakta 3 :
Dari Portal TV3 melaporkan …..
Ketika kerajaan DAP Pulau Pinang sibuk menjual idea projek terowong dasar laut, kerajaan Barisan Nasional sudah lama memenuhi permintaan rakyat pulau mutiara itu.
Aspirasi dijelmakan menerusi Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, yang kini sudah 94% siap dan dijangka dibuka kepada umum menjelang september ini.

Wartwan TV3 meninjau perkembangan projek mega itu, menjelang lawatan Perdana Menteri esok.

Untuk tonton video cliks —> SINI

Fakta 4 :
Dari Sinar Harian
Pusat salur RM330.6 juta biaya 16 projek di Pulau Pinang

1 Februari 2013
GEORGETOWN – Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan RM330.6 juta untuk 16 projek pembangunan prasarana di Pulau Pinang sepanjang tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata peruntukan itu termasuk beberapa projek besar seperti pembinaan jalan raya bagi laluan keluar masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di sebelah pulau.

“Untuk projek itu kerajaan memperuntukkan RM200 juta kepada Jambatan Kedua Sendirian Berhad (JKSB) bagi membina jalan raya sejauh 4.5 kilometer iaitu dari jambatan kedua sehingga kawasan perindustrian Bayan Lepas. – SH

Fakta 5 :
Kerajaan Persekutuan menubuhkan syarikat khas, Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer itu akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan dan telah dimulakan pada tahun 2008 dan dijangka siap pada bulan November 2013.

Kontraktor- kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah Chec Contructions (M) Sdn Bhd yang berasal dari Republik Rakyat China, UEM Builders Berhad, Cergas Murni Sdn Bhd, IJM Contructions Sdn Bhd, HRA Teguh Sdn Bhd.

Sumber:
Fakta 6 :
Dari Laman WEB Rasmi Jab Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia

Kos jambatan kedua Pulau Pinang kurang RM4.5b
JKSB adalah syarikat tujuan khas (SPV) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengawal selia dan menyegerakan pelaksanaan projek jambatan kedua Pulau Pinang itu. 

Syarikat itu juga dilantik sebagai pemegang konsesi memantau kerja pembinaan, pengurusan dan operasi jambatan itu. 

Turut diumumkan pada majlis semalam adalah penyerahan kontrak Pakej 1 dan Pakej 2 kerja pembinaan masing-masing kepada CHEC Construction dan UEM Builders. – www.jasa.gov.my

Fakta 7 :
Kontraktor Cergas Murni Sdn Bhd dilantik oleh PDC? sdgkn cergas murni tu salah 1 MAIN CONTRACTOR selain dpd syarikat dari China, China Harbour Engineering (CHEC)..

MAIN CONTRACTOR dilantik dpd KEMENTERIAN KERJA RAYA sbb projek tu under PUSAT.. LGE cume cadang wat pnmbhn subcntrctor w/pn xsebut kntrktr mane.. tapi perlu diingtkn KUASA MELANTIK TERLETAK PD KEMENTERIAN KERJA RAYA.. bykk la ko punye PDC

mcm la smua projek tu lge blh buat keputusan sendiri tanpa kebenaran Kementerian kerja raya…- Alang Penang 
Ni Jawapan Dari Kementerian Kerja Raya :
“Kemajuan Pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang Setakat 16.7%, Dan Menyeru Bilangan Subkontraktor Pulau Pinang Dinaikkan Kepada Lebih 50% Berbanding 24.5% Sekarang.”
Kementerian Kerja Raya diminta untuk menambahkan bilangan subkontraktor dari Pulau Pinang untuk projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang daripada 24.5% sekarang kepada lebih 50%. Tambahan subkontraktor daripada Pulau Pinang adalah perlu untuk memberikan peluang kepada subkontraktor Pulau Pinang mendapat peluang daripada projek 4.5 billion ringgit yang bertapak di negeri mereka sendiri. Bilangan subkontraktor dari Pulau Pinang yang kecil ini dinyatakan dalam jawapan Menteri Kerja Raya kepada saya dalam jawapan bertulis di Parlimen :-

Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan telah menubuhkan syarikat khas Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB), iaitu anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan sebagai pemegang konsesi projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Pembinaan jambatan sepanjang 23.5 kilometer ini akan menghubungkan Batu Maung di Pulau Pinang dan Batu Kawan di Seberang Perai Selatan. 

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kontraktor utama yang terlibat dengan pembinaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang ini ialah seperti berikut:-

1. Chec Contructions (M) Sdn. Bhd ~ Negara Asal: Republik China. Tarikh Milik Tapak 8 November 2008;
2. UEM Builders Berhad ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 8 Jun 2009;
3. Cergas Murni Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010;
4. IJM Contructions Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Selangor. Tarikh Milik Tapak: 28 Jun 2010; dan
5. HRA Teguh Sdn. Bhd ~ Negeri Pendaftaran: Kuala Lumpur. Tarikh Milik Tapak: 19 Mei 2010

Dari Berita Harian :

Petikan Dari Utusan Malaysia :
PM lakar sejarah rentas Jambatan Kedua PP
NAJIB Tun Razak menunjukkan tanda 1Malaysia kepada orang ramai selepas melawat Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung, Pulau Pinang semalam. Turut kelihatan Abdullah Ahmad Badawi (kiri). – UTUSAN/SAZALI CHE DIN

PULAU PINANG 30 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melakar sejarah sebagai rakyat pertama merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang secara rasmi yang kini merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara.

Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja ke Pulau Pinang hari ini singgah meninjau perkembangan projek jambatan yang sudah menjangkau 94 peratus siap dan dijangka dibuka kepada umum pada September ini.

Perdana Menteri yang tiba di rentang tuju utama jambatan berkenaan kira-kira pukul 3.15 petang sempat beramah mesra dengan kakitangan Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn. Bhd. (JKSB) dan menikmati hidangan minum petang di tengah-tengah jambatan berkenaan.

Terdahulu, Najib yang yang baru tiba dari Kedah merasmikan upacara merentasi jambatan berkenaan sebelum menyusuri hingga ke Batu Kawan, Seberang Perai.

Yang turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Pengerusi JKSB, Tan Sri Sulaiman Mahboob; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.

Sementara itu, Pengarah Urusan JKSB, Datuk Ir. Dr. Ismail Mohamed Taib berkata, kehadiran Perdana Menteri sangat bermakna memandangkan kerja-kerja penyambungan jambatan di atas laut sepanjang 16.9 kilometer itu telah disiapkan.

“Dengan majlis ini, kita memberi keutamaan kepada Perdana Menteri untuk menyusuri jambatan secara rasmi dari Batu Maung di sebelah pulau hingga susur keluar di Batu Kawan,” katanya. – Utusan Malaysia
tdk kurang juga highland tower begitu naif kerajaan menilai struktur pembinaannya..sejarah paling buruk yg pernah berlaku dlm sejarah malaysia..jbtn p.p 2??jika benar sekalipun mrk anggap lge kurg cekap,bgitu jauh berbeza tragedi highland tower projek yg dijalankan oleh puak2x… 3suku(bn) 100%.simen dedak ayam kot…ha3 – Alang Penang

Tragedi Highland Towers
2 daripada 3 blok bangunan Highland Tower yang masih berdiri. Gambar tahun 2008.

Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3. – Rujuk SINI dan SINI

Dapatkan Lebih Maklumat Di SINI dan SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).” (Ibrahim: Ayat 42)..

sumber : http://azmieyusoff.blogspot.com/2013/06/jambatan-kedua-runtuh-salah-siapa.html

Posted on June 8, 2013, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. ahlee bin ahtan

    nak tuduh BN lah tu pastu kantoi ………….kompani Penang mai tapi yg mati Melayu Penang jugak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: