KENYATAAN MEDIA SEKOLAH RENDAH ISLAM AL-ANSOR BALIK PULAU, PULAU PINANG

1. Merujuk kepada Isu Bantuan Sekolah Agama di Negeri Pulau Pinang dari Kerajaan Negeri, Sekolah Rendah Islam Al-Ansor (SRIA) Balik Pulau, Pulau Pinang menyatakan kekesalan dan kekecewaan terhadap sikap pilih kasih serta diskriminasi yang berbaur politik oleh Kerajaan Negeri pimpinan YAB. Lim Guan Eng.

2. SRIA merupakan sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang berdaftar dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang dengan nombor pendaftaran JAIPP/PEND/01-BD-(R)0021 telah beroperasi sejak tahun 2008 dan kini mempunyai murid seramai 215 orang yang majoritinya datang dari keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana.

3. Berdasarkan rekod terdahulu, SRIA telah menerima bantuan tersebut dari kerajaan negeri dan pada tahun ini, pihak SRIA telah menerima surat makluman pemberian bantuan tersebut oleh pegawai JAIPP pada 3 September 2015, namun surat makluman pemberian bantuan tersebut telah ditarik balik pada hari yang sama oleh JAIPP melalui pegawainya yang hadir ke SRIA untuk mengambil kembali surat berkenaan.

4. Kejadian ini telah menggambarkan bahawa terdapat ‘tangan ghaib’ yang cuba menafikan hak rakyat Pulau Pinang khususnya anak-anak dan waris yang menghantar anak ke sekolah agama rakyat. Pihak SRIA percaya bahawa isu ini berlaku adalah disebabkan campur tangan politik dalam urusan pentadbiran Kerajaan Negeri dan ia merupakan satu kezaliman terhadap institusi pendidikan agama di negeri ini.

5. Pihak SRIA ingin mengingatkan Kerajaan Negeri bahawa wang yang dimiliki oleh kerajaan adalah milik rakyat dan ia merupakan amanah dari rakyat. Sikap ini telah menampakkan kegagalan slogan cekap, akauntabiliti dan telus yang sering diwar-warkan dan rakyat sentiasa memerhati serta sedia menghukum kerajaan yang zalim.

Muhammad Fauzi Bin Yusof
Ahli Lembaga Takbir
Sekolah Rendah Islam Al-Ansor
6 Oktober 2015

Kenyataan Media : Isu Cadangan Supaya Jawatan YDP MAINPP Diserahkan Kepada PKR.

Afnan[KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG]

ISU CADANGAN SUPAYA JAWATAN YDP MAINPP DISERAHKAN KEPADA PKR.

1. Jawatan Yang DiPertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan ahli-ahli MAINPP adalah dibawah perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (DYMM YDPA). Walaupun pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang mempunyai kuasa untuk mencadangkan nama YDP MAINPP dan ahli-ahli MAINPP, namun ianya perlu tertakluk kepada kuasa prerogatif DYMM YDPA untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan oleh MMK Negeri Pulau Pinang. Oleh yang demikian, DPPN P.Pinang menasihatkan supaya semua pihak menghormati kuasa prerogatif DYMM YDPA selaku ketua agama Islam bagi negeri Pulau Pinang.

2. Kami menghormati cadangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) supaya jawatan YDP MAINPP yang ketika ini disandang oleh wakil PAS agar dikosongkan. Walau bagaimanapun, cadangan AMKPP ini agak mengelirukan apabila dilihat berbeza dengan kenyataan Presiden PKR sendiri sebelum ini yang menyatakan bahawa PKR masih meneruskan kerjasama dengan PAS, termasuk di Pulau Pinang.

3. Kami tetap komited utk bangunkan negeri & rakyat samada diberi kuasa pemerintahan atau tidak, kerana membangunkan bumi ini adalah amanah daripada Allah SWT kepada manusia yang dilantik sebagai khalifah. Jawatan dalam kerajaan adalah amanah daripada Allah SWT dan rakyat, bukannya tempat untuk melunaskan kehendak politik kepartian semata-mata. Individu yang dilantik memegang jawatan tersebut perlu membangunkan institusi MAINPP dan Islam di negeri Pulau Pinang mengikut acuan pembangunan Allah SWT, bukan mengikut acuan nafsu manusia.

4. Oleh yang demikian, kami memberi kepercayaan tinggi & keyakinan penuh kepada kebijaksanaan DYMM YDPA selaku ketua agama Islam di negeri Pulau Pinang untuk membuat keputusan memilih individu yang layak bagi membangunkan Islam di negeri ini, khususnya untuk mengetuai institusi MAINPP.

Sekian, terima kasih.

AFNAN HAMIMI BIN DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

30 Sept 2015

Kenyataan balas kepada kenyataan MP Bukit Bendera 

image

5 Sept 2015 | P.Pinang

Kenyataan balas kepada kenyataan MP Bukit Bendera .

Apakah benar Pas PP fitnah Kerajaan DAP P.P setelah kami turun meninjau dan melakukan kajian ke atas Nasib Kampung Mutiara sejak 2013 ?

1)Apa yang berlaku di Kampung Mutiara sebenarnya saya merujuk kepada ketidak sungguhan Sikap Kerajaan Negeri mempertahankan Kampung Kampung warisan Melayu seperti yang dijanjikan melalui manifesto PRU 13 lalu,  malah mereka masih tidak menunaikan janji melaksanakan manifesto PRU13 yang lalu dibawah tajuk Warisan iaitu Rujuk kepada Manifesto PRU 13 dibawah Tajuk 10 : Kesenian, Kebudayaan  & Warisan pada item no. 10.3 ” Menetapkan Lingkaran Tanah Warisan Melayu di Kampung Batu Uban dan Tanjung Tokong”

Read the rest of this entry

Kesesakan Lalulintas Pulau Pinang : Kecekapan Kerajaan Negeri Dipersoalkan

image

Isnin l 17 Ogos 2015 l Bayan Baru.

1)Kejadian kesesakan lalu lintas luar biasa dikawasan Zon PerIndustrian Bebas diantara jam 7.30-9.00pagi tadi disebabkan laluan jalan utama di tutup dari jalan susur pantai hadapan Seagate ke Batu Maung disebabkan Pembinaan Jalan Bertingkat  yang menyebabkan berlaku kesesakan trafik luar biasa di sepanjang laluan persisiran pantai Bayan Baru ke Batu Maung. Insiden ini mengakibatkan ramai pekerja industri  terperangkap hampir 3 jam dlm kesesakan dan lewat ke kerja.Kesesakan  dilaporkan dari laluan Batu Uban  menuju ke Batu Maung yang melalui jalan jalan alternatif  yang dirancang di pinggir Bandar Bayan Baru.
Bayangkan dari Bulatan Pusingan Bayan Baru ke Batu Maung tidak sampai 10km mengambil masa 3 jam, itulah luahan pekerja industri yang berkereta yang selalunya mengambil masa antara 10-15 minit.

2) Malah dikhabarkan ramai individu individu serta pelancong juga ada yang terlepas penerbangan ke destinasi masing masing.

3)Ini merupakan satu musibah kepada Rakyat P.Pinang yang berulang kembali dimana kejadian  pertama  pada 6 Jun 2013 iaitu 2 tahun lalu, bilamana berlakunya runtuhan jambatan penyambung di Batu maung semasa pembinaan Jambatan Ke 2 (Dua) sedang dalam pembinaan yang menyebabkan 1 nyawa terkorban dan menimbulkan kesesakan hebat yang mengakibatkan pekerja pekerja mengalami kelewatan yang sama ke destinasi pekerjaan dan balik kerumah  dari pekerjaan masing masing serta ada individu individu yg mengalami terlepas penerbangan.Malah ramai yang terperangkap  dalam kesesakan ketika itu.

4)Kini setelah 2 tahun berlalu keadaan kesesakan berulang semula disebabkan gagalnya Pihak Berkuasa Negeri dalam mengambil ikhtibar kejadian kesesakan lalu dan menilai keberkesanan merancang dan mengatur laluan laternatif yang berkesan serta kegagalan pengawalan lalu lintas bilamana jalan susur pantai diantara pantai Seagate ke Batu maung ditutup oleh pihak berkuasa untuk kerja kerja naik taraf jalan utama.

5)Agensi Kerajaan Negeri Dan Pusat sepatutnya perlu mengambil inisiatif dan tindakan proaktif menilai serta menjangka ke hadapan  apa yang akan berlaku sekiranya jalan penghubung utama di kawasan Zon perindustrian bebas ini ditutup ,walaupun buat sementara waktu khususnya diwaktu puncak antara 7am-9am serta dari 5-7pm.

6)Perlunya  ada perancangan  bersama secara bersepadu,kajian dan plan strategik sebelum penutupan jalan itu dilakukan .Insiden ini menunjukkan kegagalan  tindakan dan perancangan oleh agensi Kerajaan Negeri dalam merancang  secara efektif dan effisien yang kini mengakibatkan ratusan malah ribuan ringgit kerugian hasil insiden  kesesakan melampau di waktu puncak diawal pagi tadi yang terpaksa ditanggung oleh industri industri dan individu individu akibat kelewatan sampai ke destinasi masing masing.

7)Agensi agensi Kerajaan yang berwajib perlu mengambil tindakan segera dalam memastikan satu tindakan  mengubah haluan alternatif atau apa saja tindakan yang drastik untuk menyelesaikan insiden ini supaya tidak berlanjutan beberapa hari kehadapan yang akan mengakibatkan pekerja dan individu individu yang sama yang bekerja di ZON INDUSTRI BEBAS BAYAN LEPAS serta  peniaga peniaga maupun pelancong dari terperangkap berjam jam sekali lagi dalam insiden pagi tadi  di sebabkan kegagalan perancangan oleh agensi Kerajaan Negeri .

8)Kejadian insiden berulang ulang ini dipersoalan rakyat Pulau Pinang iaitu sejauh mana effektifnya dan effisiennya cogan kata yang diagung agungkan iaitu Cekap Akauntabiliti Dan Telus.

image

Iszuree Ibrahim
YDP Pas Kaw Bayan Baru.

Pemuda PAS Pulau Pinang Melawat Ahli Bomba Kemalangan

image

Nibong Tebal – ” Saya tidak ingat apa-apa, apa yang saya ingat, hanyalah peralatan bomba yang menimpa saya”, kata salah seorang anggota bomba yang terlibat dalam kemalangan di sg acheh baru – baru ini….

Kemalangan tersebut yang berlaku lebih kurang jam 6 pagi melibatkan 4 orang anggota bomba cawangan sungai bakap yang bergegas untuk memadankan kebakaran yg berlaku di sungai acheh.

Kisah ini telah diceritakan kembali oleh anggota bomba yg terlibat kepada wakil dari Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang serta juga Wakil dari Dewan Pemuda Pas kawasan Nibong Tebal dalam program Jejak Prihatin Pemuda Pas Pulau Pinang ( JPP3 ).

Anggota bomba tersebut berasa gembira kerana ada pihak yang sudi menziarahi mereka selain dari keluarga sendiri.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Nibong Tebal (DPPKNT) telah memberikan sedikit buah tangan serta sedikit sumbangan wang kepada mangsa. Sumbangan tersebut diserahkan oleh Naib Ketua Pemuda DPPNPP saudara IR Ust Wan Rafei yg mewakili DPPNPP. Turut sama hadir adalah Ketua Lujnah Kebajikan DPPNPP, Ketua dan Setiausaha DPPKNT serta Ketua Komanden Unit Amal PAS DPPNT.

Program tersebut selesai selepas sessi pengambaran sebagai kenang- kenangan

image

image

Aktiviti : Ziarah & Sumbangan Adik Abrar Bin Radi

image

Aktiviti : Ziarah & Sumbangan Adik Abrar Bin Radi
Tarikh : Selasa | 29/7/2015
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Kediaman adik Abrar Bin Radi@Kg.Telok Bukit,BM

Catatan : Kor Kebajikan Jabatan Amal Pulau Pinang (JAPP) dengan kerjasama Jabatan Amal Bukit Mertajam (JABM) dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Mertajam (DPPKBM) menziarahi adik Abrar ( anggota Briged JAPP) yg beristirehat dirumah selepas mendapat rawatan akibat kemalangan motosikal.

Akibat kemalangan tersebut adik Abrar  mengalami kecederaan dibahagian muka dan badan dan terpaksa bercuti dari pengajian sehingga keadaan kesihatannya pulih.

JAPP melalui Sdr.Nazri Hamid (Timbalan Pengarah 3 JAPP merangkap Ketua Kor Kebajikan JAPP) mengambil tanggungjawab menyusun perancangan bersama JABM untuk menziarahi adik Abrar dikediaman bapanya Sdr.Radi yg juga merupakan seorang amilin tegar atau otai dlm JAPP.

Ziarah diketuai Sdr.Mohd Asri Harun (Pengarah JAPP) yg ditemani Sdr.Rudy (ALP JAPP) turut diramaikan dengan kehadiran Sdr.Taufiq (Komandan JABM) dan Sdr.Syed Nazri (Ketua Pemuda DPPKBM) dan exco serta Sdr.Bukhari ( Komandan JA N.Tebal) dan juga kehadiran En.Azam (Ketua Cawangan Kg.Telok Bukit ) dan beberapa penduduk sekitar.

Selepas menunaikan solat isyak dan meraikan juadah yg disediakan oleh pihak tuan rumah,pihak JAPP menyampaikan sumbangan kpd adik Abrar melalui bapanya En.Radi,

Ziarah  berakhir dengan suasana yang cukup mahabbah dan semua yang hadir turut mengambil peluang bergambar beramai-ramai dan bersalam-salaman dalam suasana meraikan kemenangan dibulan Syawal.

catatan :; amilintegarbka@japp

**********************************

Link Page JABATAN AMAL PULAU PINANG:-

https://m.facebook.com/profile.php?id=166566916734996

Link Page Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang:-

https://m.facebook.com/DewanPemudaPasNegeriPulauPinang

“JOM PAKAT LIKE BAGI RAMAI”

NOTE : Untuk membantu Gerak Amal JAPP , Sumbangan boleh disalur melalui akaun JAPP ;
BIMB 070-160-10060530

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

image

image

image

image

image

image

image

PENDUDUK KAMPUNG MUTIARA RESAH, TINDAKAN KERAJAAN NEGERI JADI TANDA TANYA

image

Demikian luahan dukacita dan keresahan penduduk Kampung Mutiara, Batu Feringghi ketika menerima kunjungan Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang pada 23 Julai 2015 lepas yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda, Ir Ahmad Rafaei Ahmad Rashid.

Menurut Ketua Penerangan Pemuda Sdr Ahmad Safwan, tindakan susulan yang diusahakan Dewan Pemuda PAS Negeri ini adalah untuk merealisasikankan usaha keras yang telah dilaksanakan oleh Tn Iszuree Ibrahim, Tn Saiful Lizan Md Yusoff serta beberapa AJK Lajnah Tanah negeri yang lain sejak tahun 2009 apabila berlaku Bailif 1 Mahkamah disamping memastikan masyarat Pulau Pinang khususnya menyedari permasalahan sebenar yang terjadi.

Hasil daripada perbincangan dan lawatan ke perkampungan ini, sebanyak 149 buah rumah dengan kapasiti 996 penduduk bakal kehilangan tempat tinggal sepertimana NOTIS KELUAR bertarikh 09 Julai 2015 mengarahkan penduduk mengosongkan tanah terbabit dengan segera samaada secara sukarela atau kekerasan sebelum 23 Julai 2015.

Menurut Tn Saiful Lizan, AJK Lajnah Tanah Negeri memaklumkan keseluruhan penduduk yang menjadi mangsa ini adalah nelayan-nelayan yang telah dipindakan setelah rumah-rumah mereka dipersisiran pantai diambil untuk dijadikan pusat peranginan. Isu ini telah dibawa ke Mahkamah dan sehingga hari ini masih belum dapat diselesaikan disebabkan paksaan keluar tanpa sebarang pampasan setelah lama mereka teroka dan duduki perkampungan ini.

Rata-rata penduduk menjalani kehidupan seperti biasa dan tetap mempertahankan tanah dan rumah ini walaupun pada asasnya pihak pemilik tanah berhak untuk memiliki dan tidak membayar apa-apa pampasan.

Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang akan berusaha memastikan rakyat mendapat pembelaan sewajarnya dengan segala ruang lingkup yang ada dan kini adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipilih rakyat dengan janji-janji manifesto agar persoalan dimanakah usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang atas permasalahan ini terjawab.

‘Cakna Masalah Rakyat’
Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

Jom Like & Share pages DPPNPP:
https://m.facebook.com/DewanPemudaPasNegeriPulauPinang

image

image

image

image

image

image

Isu Penganjuran ‘Penang Nude Sports Game’

Afnan
Kenyataan Media Dwn Pemuda PAS Pulau Pinang isu penganjuran ‘Penang Nude Sports Game’.1. Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang amat kesal & membantah keras penganjuran program ‘Penang Nude Sports Game’ yang dilaporkan diadakan di pulau rahsia berhampiran pantai Teluk Bahang Pulau Pinang seperti yang dipaparkan dalam laman http://vimeo.com/m/97390635.

2. Penang Nude Sports Game’ yang boleh ditonton videonya dari pautan laman web tersebut jelas membelakangkan adab tatasusila masyarakat Malaysia sekaligus menyinggung sensitiviti umat Islam khasnya di Pulau Pinang disaat umat Islam baru sahaja selesai menjalani ibadah bulan Ramadhan. Ia juga telah mencemarkan nama Pulau Pinang apabila nama negeri ini digunakan dalam sebahagian nama program tidak berakhlak ini.

3. Dengan kadar segera, kami mendesak supaya pihak berkuasa termasuk Kerajaan Negeri, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) & pihak-pihak berwajib lain yang berkaitan supaya menyiasat & mengambil tindakan sewajarnya terhadap penganjur yg turut merancang untuk menganjurkan aktiviti yang sama pada 5/12/2014 kelak (berdasarkan komen dari laman ‘vimeo’ tersebut).

Program sangat tidak bermoral seperti ini tidak boleh berulang lagi.

4. Kami bersetuju supaya semua enakmen, peraturan & garis panduan berkaitan penganjuran aktiviti seumpama ini dikemaskini supaya selari dengan Syariat Islam serta budaya masyarakat Malaysia selain dipertingkatkan penguatkuasaannya dari masa ke semasa.

Sekian.

AFNAN HAMIMI BIN DATO’ TAIB AZAMUDDEN

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang.

5 Ogos 2014 / 9 Syawal 1435H

Kerajaan Pulau Pinang Bina 20 Ribu Buah Rumah Mampu Milik

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang berjaya mendapat pulangan yang lebih besar daripada penjualan tanah negeri, walaupun jumlah keluasannya jauh lebih kecil berbanding kerajaan BN sebelum ini melalui sistem tender terbuka yang berdaya saing.

Malah, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng, hampir separuh daripada hasil tersebut pula disalurkan bagi membina 20,000 unit rumah mampu milik untuk rakyat.

Tambahnya, kepada pihak yang mendakwa kerajaan negeri bergantung sepenuhnya kepada penjualan tanah bagi mendapatkan hasil, ia tidak benar memandangkan kerajaan BN telah menjual tanah dengan keluasan 35 kali ganda namun mendapat pulangan lebih kecil.

“BN sebelum ini menjual sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dan mendapat RM1.0586 bilion. Manakala kami menjual hanya 106.1 ekar dengan hasil RM1.1102 bilion,” ujarnya dalam satu kenyataan dipetik Roketkini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, perbezaan itu adalah kerana kerajaan Pakatan sentiasa mengamalkan sistem tender terbuka bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak untuk dipulangkan kepada rakyat.

“Isu ini sering dimainkan BN melalui media kawalan mereka. Mujurlah rakyat Pulau Pinang tidak mudah ditipu. Malah Pakatan mendapat mandat terbesar dalam sejarah negeri pada Pilihanraya Umum lalu dengan 68% undi popular,” katanya lagi.

Dengan hasil yang diperolehi itu, katanya lagi, kerajaan negeri memperuntukkan RM500 juta untuk Skim Perumahan Awam Mampu Milik bagi membina 20,000 unit rumah di lima daerah di Pulau Pinang.

“Jumlah ini adalah yang terbesar yang disalurkan kerajaan negeri di Malaysia, dan kami sanggup menambahkan lagi peruntukan jika perlu,” katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri juga menjadi perintis Skim Pemilikan Bersama untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang sukar mendapat pinjaman bank memiliki rumah, dengan memberikan pinjaman tanpa faedah sebanyak 30 peratus bagi membayar harga belian rumah tersebut.

SURAU BERGERAK, BAZAR RAMADHAN & MAINPP

Sambil memandu ke Mesyuarat Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) pada pagi Khamis 19 Jun yg lalu, terbayang dlm fikiran saya alangkah bagusnya jika semua Bazar Ramadhan di Pulau Pinang kali ini, para peniaga & pengunjungnya dapat bersama-sama solat fardhu Maghrib berjemaah dengan selesa di tapak bazar Ramadhan, berbumbungkan khemah yg lengkap kipas angin berteknologi tinggi, tempat berwudu’, tandas bergerak serta ruang yang tertutup untuk muslimat bersolat. Semua itu berlaku setelah mereka berbuka puasa beramai-ramai apabila mendengar laungan azan yang dikumandangkan menggunakan pembesar suara yang disediakan di tapak Bazar Ramadhan tersebut.

Kesibukan aktiviti jual beli di Bazar Ramadhan akan bertukar menjadi suasana pengabdian kepada Allah dengan penuh tawaddu’ & khusyu’ apabila masuk waktu fardhu Maghrib.

Lidah yang riuh rendah memanggil-manggil pelanggan untuk membeli juadah berbuka puasa, lidah itu juga akan lancar membaca ayat-ayat AlQuran ketika solat nanti, di tempatnya berniaga. Alangkah indahnya Islam jika dilihat begitu. Betapa berimannya para peniaga & pengunjung. Betapa mudahnya solat. Betapa berkesannya tarbiah Ramadhan!

Read the rest of this entry

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,816 other followers