Kenyataan Media : Isu Cadangan Supaya Jawatan YDP MAINPP Diserahkan Kepada PKR.

Afnan[KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PULAU PINANG]

ISU CADANGAN SUPAYA JAWATAN YDP MAINPP DISERAHKAN KEPADA PKR.

1. Jawatan Yang DiPertua (YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan ahli-ahli MAINPP adalah dibawah perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong (DYMM YDPA). Walaupun pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang mempunyai kuasa untuk mencadangkan nama YDP MAINPP dan ahli-ahli MAINPP, namun ianya perlu tertakluk kepada kuasa prerogatif DYMM YDPA untuk menerima atau menolak cadangan yang dikemukakan oleh MMK Negeri Pulau Pinang. Oleh yang demikian, DPPN P.Pinang menasihatkan supaya semua pihak menghormati kuasa prerogatif DYMM YDPA selaku ketua agama Islam bagi negeri Pulau Pinang.

2. Kami menghormati cadangan Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP) supaya jawatan YDP MAINPP yang ketika ini disandang oleh wakil PAS agar dikosongkan. Walau bagaimanapun, cadangan AMKPP ini agak mengelirukan apabila dilihat berbeza dengan kenyataan Presiden PKR sendiri sebelum ini yang menyatakan bahawa PKR masih meneruskan kerjasama dengan PAS, termasuk di Pulau Pinang.

3. Kami tetap komited utk bangunkan negeri & rakyat samada diberi kuasa pemerintahan atau tidak, kerana membangunkan bumi ini adalah amanah daripada Allah SWT kepada manusia yang dilantik sebagai khalifah. Jawatan dalam kerajaan adalah amanah daripada Allah SWT dan rakyat, bukannya tempat untuk melunaskan kehendak politik kepartian semata-mata. Individu yang dilantik memegang jawatan tersebut perlu membangunkan institusi MAINPP dan Islam di negeri Pulau Pinang mengikut acuan pembangunan Allah SWT, bukan mengikut acuan nafsu manusia.

4. Oleh yang demikian, kami memberi kepercayaan tinggi & keyakinan penuh kepada kebijaksanaan DYMM YDPA selaku ketua agama Islam di negeri Pulau Pinang untuk membuat keputusan memilih individu yang layak bagi membangunkan Islam di negeri ini, khususnya untuk mengetuai institusi MAINPP.

Sekian, terima kasih.

AFNAN HAMIMI BIN DATO’ TAIB AZAMUDDEN
Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

30 Sept 2015

Posted on September 30, 2015, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: