Fitnah Terhadap Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang

Maklumat yang diterima ada pihak telah menaikkan banner kononnya Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang (DPPNPP) membantah kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam isu tanah di Balik Pulau.

Pagi ini dilaporkan beberapa banner tersebut ada kelihatan di Balik Pulau, Kepala Batas dan Permatang Pauh. Seluruh ahli pemuda di kawasan-kawasan terbabit telah diminta untuk menambil tindakan segera untuk membuang banner dan membuat laporan polis di kawasan masing-masing.

Posted on November 25, 2010, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment