DPPK Batu Kawan santuni penduduk Kg Baru dalam Majlis Sumbangan Aidilftri bersama JKKK dan Pejabat Adun Bukit Tambun

21.08.11( Kg Baru ) – Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Kawan bersama-sama JKKK Kg Baru dan Pejabat Adun Bukit Tambun telah mengadakan Majlis Sumbangan Aidilfitri kepada 58 orang penduduk Kg Baru pada hari Ahad 21hb Ogos yang lalu. Ketua DPPK Batu Kawan ,Mohd Sofi Abu berkata bahawa majlis sumbangan seperti ini adalah merupakan ingatan DPPK kepada golongan Asnaf yang perlu diberi perhatian dan kebajikan.

Turut bersama dalam majlis tersebut ialah Pengerusi JKKK Shahidi Sheriff dan beberapa pegawai pembantu dari Pejabat Adun Bukit Tambun.

Mereka yang menerima sumbangan adalah terdiri dari warga emas , pesakit kronik dan golongan kurang upaya.

Warga emas Abd Halim Ahmad yang turut menerima sumbangan dari DPPK berkata bahawa beliau amat berpuas-hati dengan Majlis Sumbangan Aidilfitri kali ini kerana golongan yang diberi sumbangan menetapi sasaran.

Posted on August 25, 2011, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment