Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) P.Pinang Isu Tuntutan Perubatan PBA oleh Md Sabu.

1- Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) P.Pinang mengucapkan ribuan terima kasih kpd Pemuda UMNO P.Pinang yg mutakhir ini begitu prihatin & peka terhadap perjalanan pentadbiran Kerajaan Negeri P.Pinang.

2- Begitu ‘peka & prihatin’ Pemuda UMNO P.Pinang dgn isu ini apabila dikatakan menyembunyikan resit tuntutan perubatan ‘Kos Konsultasi’ berjumlah RM3,373.50 & hanya mengemukakan 1 resit shj iaitu ‘Kos Hospitaliti’ berjumlah RM5,060.54.

Jika benar pihak Pemuda UMNO P.Pinang sengaja menyembunyikan resit tersebut, ianya tidak lain adalah semata-mata bertujuan untuk menyerang dalam bentuk fitnah terhadap PBA khususnya Kerajaan Negeri P.Pinang seolah-olah berlakunya penyelewengan & salah guna kuasa.

3- DPPN P.Pinang menyarankan agar Pemuda UMNO P.Pinang memanfaatkan sikap ‘peka & prihatin’ itu untuk bersama Pakatan Rakyat bg tujuan menyemak perjalanan pentadbiran & kewangan Kerajaan Persekutuan & Kerajaan Negeri yang dikuasai BN serta menegur jika didapati ada keraguan & penyelewengan.

4- Suka ditegaskan bahawa inilah sebenarnya peranan & fungsi pihak pembangkang dalam sesebuah kerajaan yang mengamalkan demokrasi termasuk di P.Pinang, iaitu sebagai ‘semak & imbang’ (check & balance) kpd kerajaan yang memerintah.

Tahniah kpd Pemuda UMNO P.Pinang (juga pembangkang di Negeri P.Pinang) yang akhirnya faham juga fungsi pembangkang!

5- DPPN P.Pinang juga mengucapkan tahniah & terima kasih kpd pihak PBA yang dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri kerana telah menjawab isu ini dengan jelas & telus sekaligus memadamkan api fitnah yang cuba dimainkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Ianya juga membuktikan bahawa Kerajaan Negeri P.Pinang setakat ini mengamalkan konsep CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus) spt yg selalu diwar-warkan oleh YAB Ketua Menteri, rakyat P.Pinang berhak berbangga dengan pencapaian tersebut selagi mana ianya dipraktikkan.

Tuntutan perubatan yang dibuat oleh Mohammad Sabu adalah mengikut jumlah resit yang dikeluarkan & berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan. Tiada tuntutan luar biasa seperti yang diberitakan dilakukan kebanyakkan syarikat-syarikat korporat berkaitan kerajaan (GLC) yang lain.

6- DPPN P.Pinang turut mengambil peluang untuk memberi peringatan kepada mana-mana pemimpin kerajaan negeri supaya sentiasa amanah & berhemah menggunakan peruntukan & kemudahan yang diberikan kerana ianya adalah harta rakyat yang akan dipersoal oleh Allah di akhirat kelak.

Sekian.

Dewan Pemuda PAS Negeri P.Pinang
7/9/2011 – 9 Syawal 1432H

Posted on September 8, 2011, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. 1 Comment.

  1. Pemuda Pulau Pinang perlu cargas.Setiap isu yang diketengahkan akan ditunggu-tunggu akan pandangan kepimpinan yang diamanahkan.

Leave a comment