UMNO Letak Calon Bebas di Tasek Gelugor

(Sharif dan rakan-rakannya membuat sidang media semalam)

TASEK GELUGOR: Dua orang aktivis Umno berjanji akan menjadi calon bebas menentang calon Barisan Nasional (BN) di Dun Sungai Dua dan Teluk Air Tawar jika Umno kekalkan Shabudin Yahya sebagai calon BN Tasek Gelugor.

Mereka ialah Azmi Alang yang bakal bertanding di Dun Sungai Dua menentang calon BN, Yusof Mohd Noor dan calon PAS, Zahadi Mohamad manakala Datuk Mustaffa Idrus pula mengistiharkan diri menentang penyandang Dun Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid serta Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Puan Norhayati Jaafar.

Kedua-duanya berucap membantah pencalonan BN yang meletakkan individu yang tidak bekerja untuk rakyat atau muka baru yang tidak aktif merencanakan progran tajaan Umno sebelum ini.

Menurut Azmi Alang dalam ucapanya, pucuk kepimpinan Umno Negeri seolaholah sengaja mahu mematikan karier politik Datuk Shariff Omar yang sangat berjasa pada rakyat sekitar Parlimen Tasek Gelugor.

Tidak sepatutnya, jasa dan pengorbanan Shariff dibiarkan seperti memberikan kerusi untuk Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertanding pada pilihanraya umum ke 12 lalu.

(Azmi [kiri] dan Datuk Mustaffa)

“Seandainya, pihak atasan Umno tidak mendengar rayuan rakyat akar umbi kami mengistiharkan perang habis habisan.

“Apa gunanya berada dalam Umno jika suara kami tidak didengari lagi.  Jika mereka masih berkeras ‘lawan tetap lawan’,” tegasnya disambut tepukan orang ramai.

Rakannya Datuk Mustaffa Idrus pula memuji sikap Datuk Ibrahim Saad yang pernah meminjam kerusi Parlimen Tasek Gelugor tetapi menyerahkan kembali dengan baik.

Namun hari ini sebaliknya berlaku kerusi yang dipinjamkan atas nasihat mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi diambil terus tanpa perbincangan.

Sekarang ini slogan ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Di Utamakan’ sudah tidak lojik lagi
kerana sudah terbalik.

“Untuk memastikan Datuk Shariff terus berada dipersada politik tanahair kami akan membantunya bertanding menentang golongan yang tidak amanah, ” ujarnya.

About these ads

Posted on April 17, 2013, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,670 other followers

%d bloggers like this: