Kenyataan bersama PAS dan DAP Untuk PRU 13

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang, Presiden PAS dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP telah mengeluarkan kenyataan bersama. Kenyataan tersebut dibacakan oleh Datuk Haji Salleh Man, calun PAS Permatang Pasir di Pulau Pinang pada 29 April, 2013.

Mengikut kenyataan tersebut, “Perbezaan di antara PAS dan DAP hanya setakat 5% sedangkan kami bersetuju 95% untuk menegakkan kebebasan, keadilan, kebenaran, intergrit dan demokrasi untuk semua.”

“Oleh itu, Manisfesto Pakatan Rakyat adalah berteraskan dasar bersama yang dipersetujui oleh ketiga-tiga parti yang tidak menindas atau menolak hak mana-mana bangsa, agama ataupun jantina.”

Hadi dan Guan Eng menyeru rakyat Malaysia sokonglah Pakatan Rakyat pada 5hb Mei, 2013.

Posted on April 29, 2013, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment