PASTI Pulau Pinang Dapat Tempat Ke 4 Terbaik di Malaysia

Pasukan bolasepak PASTI Pulau Pinang telah meraih tempat ke 4 dalam Pesta Sukan PASTI Pusat yang telah diadakan pada 25 Jun yang lepas di Padang Pusat Latihan Telekom Malaysia, Marang Terengganu.

Pada perlawanan separuh akhir pasukan Pulau Pinang telah bertemu pasukan Perak. Pada mulanya Pulau Pinang mendahului 1-0 tetapi kemudiannya Perak menjaringkan dua gol dari jarak jauh untuk menempah tiket ke perlawanan akhir bertemu Selangor.

Pada pusingan awal, Pulau Pinang telah seri 1-1 dengan Selangor sebelum menang 1-0 ke atas Negeri Sembilan. Kemudian pada perlawanan suku akhir, Pulau Pinang menang ke atas pasukan pilihan Terengganu dengan pemenang ditentukan dengan sepakan penalti.

Pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, Pulau Pinang tewas kepada Kedah dengan jaringan 1-0. Walaupun sekadar meraih tempat keempat, rata-rata penonton memuji pasukan Pulau Pinang kerana menunjukkan permainan yang cantik cuma nasib tidak menyebelahi mereka.

Posted on June 29, 2011, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment