Selangor akan lantik 5 pengaudit akaun untuk kes Talam

SHAH ALAM, 11 Julai – Kerajaan negeri Selangor akan menjemput lima pengaudit akaun untuk melihat bagaimana pengstrukturan hutang yang dipersetujui Talam Corporation dan mahu membersihkan nama kerajaan negeri berkenaan tuduhan yang dibuat oleh MCA – mendakwa berlakunya penyelewengan wang, kata menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid menyatakan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, bahawa kerajaan negeri tidak membayar hutang-hutang Talam sebaliknya menyelesaikan hutang-hutang tertunggak dengan syarikat-syarikat yang berada di bawah kerajaan negeri.

“Tetapi kalau sekiranya saya nak umum satu per satu, ia akan memakan masa yang lama,” kata Khalid (gambar), merujuk kepada dokumen-dokumen yang dibawanya untuk menerangkan tentang penyelesaian hutang Talam.

“Biar mereka yang profesional menilai,” katanya lagi.

Khalid berkata lima pengaudit akaun, yang akan diumumkan kelak akan membuat penilaian bebas terhadap perjanjian Menteri Besar Incorporated (MBI) dengan Talam sebelum dibentangkan di DUN kelak.

Dia menambah, hutang Talam sebanyak RM392 juta telah diselesaikan, yang kini dikenali sebagai Trinity Corporation, menamatkan segala tuduhan dari MCA dalam isu penyelewangan dana ini.

“Kita akan tunjukkan keputusannya dan juga mahu menjemput bekas Ketua Juruaudit Negara, Datuk (Mohd) Salleh (Mahmud) bagi memastikan penilaian itu bebas dari campurtangan MBI,” katanya lagi.

Posted on July 11, 2012, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment