Larangan Pembesar Suara Waktu Subuh : Ustaz Ismail Kamus

Sesetengah masjid suka bertarhim (baca ayat al-Quran sebelum azan
Subuh) dan dilaungkan kuat2 speaker tu sampai satu kampung
dengar. Kadang-kadang sampai sejam atau setengah jam sebelum azan dah bunyi
dah.

HARAM hukumnya kerana mengganggu orang tidur. Kena ambil kira orang
di sekeliling tu mungkin ada orang tua, kanak2 baru lahir, orang sakit,
orang yg tidur semula selepas bangun tahajjud. 

buat apa nak kacau mereka tidur? Yang disyariatkan dalam agama adalah azan Subuh
sahaja..kalau nak baca al-Quran pun baca sorang2 cukup..tak payah bagi
sekampung dengar...rasa2 macam dapat pahala, rupa2nya dapat
bala...

Sebenarnya kalau kita sedang baca al-Quran sorang2, tiba2 kawan
sebelah kita tertidur, kita kena berhenti membaca al-Quran sebab
menghormati orang yg sedang tidur itu..inikan pulak sekampung?? Kalau
nak bertarhim kuat2 pun agak2 dalam 10 minit atau 5 minit sebelum azan
tu cukuplah..tak payah lama2...sempat la orang nk bangun bersiap2 utk ke
masjid

Ustaz Ismail Kamus

Posted on August 13, 2011, in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment