Ribuan rakyat sanggup berhujan di Himpunan Kebangkitan Rakyat

PERHIMPUNAN Kebangkitan Rakyat yang dianjurkan di Taman Seremban Jaya, Seremban malam tadi membawa mesej yang jelas bahawa rakyat Malaysia hari ini sudah tidak mampu diperbodohkan lagi oleh media propaganda arus perdana kawalan Rejim Barisan Nasional.

Propaganda demi propaganda yang pelik, menghairankan, serta mencabar akal yang waras untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat disebarkan setiap hari secara terus ke rumah-rumah seluruh Malaysia melalui media-media kawalan Rejim Barisan Nasional.

Hal ini mendorong rakyat untuk mencari kebenaran, lantas mereka berpusu-pusu ke program-program ceramah Pakatan Rakyat untuk mendengar sendiri apa yang disampaikan dari mulut pimpinan PAS, KEADILAN dan DAP.

Malam tadi, di Himpunan Kebangkitan Rakyat, menyaksikan puluhan ribu rakyat pelbagai bangsa sanggup berhimpun bersama-sama meskipun di dalam hujan lebat dan suasana tapak himpunan yang becak semata-mata untuk mendengar ceramah daripada pimpinan Pakatan Rakyat.

Rakyat pelbagai lapisan umur, bangsa, dan latar belakang tidak berganjak di tapak perhimpunan meskipun hujan begitu lebat sekitar jam 7:00 hingga 9:00 malam tadi. Ada yang memakai baju hujan, berteduh dengan payung dan khemah, malah tidak kurang yang bersahaja meskipun basah kuyup.

Gelombang rakyat ini benar-benar sungguh mengagumkan. ReJaM© dapat lihat dengan mata kepala sendiri malam tadi bagaimana ribuan rakyat pelbagai bangsa berpusu-pusu ke tapak perhimpunan ketika hujan lebat.

Tapak perhimpunan dipenuhi puluhan ribu rakyat dalam masa yang singkat, seolah-olah puluhan ribu rakyat ini turun dari langit hadir bersama titisan-titisan hujan lebat yang turun di tapak perhimpunan.

Semakin giat media propaganda kawalan Rejim Barisan Nasional cuba memperbodohkan rakyat, semakin galak rakyat hadir di program Pakatan Rakyat untuk membuat perbandingan bagi mengetahui kebenaran.

ReJaM© “Petanda jelas Rejim Barisan Nasional bakal berkubur di Negeri Sembilan

Posted on November 4, 2012, in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: