Siapa Kafir Harbi Yang Sebenarnya

DAP boleh diistilahkan sebagai Kafir Harbi, sekiranya parti itu secara terbuka menentang dan menolak Islam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mashitah Ibrahim.
Mashitah ketika sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini menegaskan, mana-mana pihak yang membuat tuduhan Kafir Harbi mahupun Kafir Zimmi juga boleh dikenakan tindakan di Mahkamah Sivil di bawah Peruntukan 298(A) Kanun Keseksaan kerana cuba menimbulkan rasa tidak senang hati yang boleh menjurus kepada perpecahan dan memudaratkan keharmonian negara.
“Sekiranya bukan Muslim menentang kepada Islam, mengeluarkan kenyataan seperti melabel bahawa syariah Islam itu ekstremisme, dengan terang menyebut tidak mahu Islam, tidak kiralah nak langkah mayat atau tidak, atau merasakan mempertahankan maruah Islam itu sebagai sesuatu yang membazir tenaga dan masa, maka jelas bahawa ia adalah menentang kepada Islam,” kata Mashitah dalam jawapan lisan kepada Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani.
“Jika disabitkan kesalahan, mereka (orang yang menuduh) boleh dipenjara bagi tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih lima tahun.”
Beliau turut menegaskan, dalam keadaan masyarakat majmuk di negara ini, istilah tersebut bukanlah suatu tuduhan, sebaliknya hanya merupakan istilah yang diguna pakai ulama untuk membuat kajian sikap bukan Muslim terhadap komuniti Muslim.
“Ia bukan satu tuduhan … istilah atau konsep Kafir Harbi atau Zimmi adalah satu istilah yang digunapakai oleh para ulama untuk membuat kajian sikap atau pembacaan sikap terhadap bukan Islam yang ada untuk bekerjasama dengan mereka.
“Jadi daripada kajian sikap itu, diklasifikasikan atau dikategorikan sama ada bukan muslim itu dianggap sebagai (Kafir) Harbi atau Zimmi.
“Ia bukan satu istilah yang membolehkan sebarang hukuman diambil untuk dibunuh atau sebagainya …  tetapi adalah sebagai satu kajian sikap yang mana bila diklasifikasikan mana-mana orang itu sebagai Harbi atau Zimmi, sama ada kita masih terus boleh berkawan dengan dia ataupun tidak … itu sahaja.
“Jadi tidak timbul soalan tuduhan yang boleh membawa kepada satu hukuman atau sebagainya,” tegasnya lagi.
Mashitah juga turut mengulas lanjut, “mana-mana bukan Islam yang boleh taat kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang beragama Islam, patuh kepada perjanjian kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan … mereka kategori Kafir Zimmi yang boleh dijadikan kawan.”
Bagaimana pula dengan Chua Soi Lek yang terang-terang menghina Islam, hukum hudud, hukum bersalam dengan bukan muhrim dan sebagainya.?????
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam menjelaskan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan sebarang fatwa berhubung istilah “Kafir Harbi” yang merujuk kepada komuniti bukan Islam di negara ini.
Menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal agama itu juga menegaskan, gelaran Kafir Harbi, mahupun Kafir Zimmi yang dikeluarkan terhadap pihak-pihak tertentu juga adalah bersifat peribadi.
sumber: mutaligat.blogspot.com

Posted on November 7, 2012, in Uncategorized. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: