Blog Archives

Utusan Jahil Tentang Hudud Terus Mengelirukan Rakyat Malaysia

Utusan masih jahil tentang hukuman Hudud yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis. Melalui artikel yang disiarkan dalam akhbar itu yang bertajuk ” Polemik Hukum Hudud PAS ” menyerlahkan bagaimana akhbar itu telah digunakan oleh pihak tertentu untuk memburukkan usaha PAS dalam memberikan penjelasan berkenaan hudud.

Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Tuan Guru Dato’ Harun Taib ketika diminta mengulas berkenaan salah satu artikel yang disiarkan baru-baru ini oleh Utusan yang bertajuk ” Polemik Hukum Hudud PAS”.

“Dalam artikel tersebut telah mempersoalkan bagaimana terdapat 2 versi Enakmen kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, kita ingin menegaskan bahawa pengarang tersebut telah hilang fokus dalam perbincangannya, perbezaan versi ini adalah termasuk dalam bab teknikal dan bukannya isu pokok, apa yang kita bahaskan sekarang ialah berkenaan dengan pokok iaitu memberikan penjelasan berkenaan keindahan hukum hudud dan Utusan tidak memainkan peranan ini selaku akhbar milik orang Islam” tegas beliau.

Wartawan Utusan ajar ‘putar’ fakta

Utusan Spin Fakta == Utusan PENIPU RAKYAT

Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan “memutar” fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya, langkah itu adalah “serangan berhemah” kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN “dibicarakan” dalam ruang politik negara.

NONE“Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).

“Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.

Read the rest of this entry

Lim Guan Eng Menang Saman Malu Ke Atas Utusan

“Kerajaan negeri tidak pernah merobohkan rumah di Pulau Pinang, yang merobohkan adalah koperasi yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin UMNO Pulau Pinang” – Lim Guan Eng

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mendapati akhbar milik Umno, Utusan Malaysia bersalah kerana memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung berita yang bertajuk ‘Kebiadaban Guan Eng’ yang diterbitkan pada 20 Disember tahun lalu.

Read the rest of this entry

Utusan Jadi AKHBAR PAS

Utusan mungkin sudah loya dan meluat untuk menjadi akhbar kuda tunggangan Umno apabila hari ini melaporkan berita tentang bakal calon PAS Pada :Pilihanraya Umum ke 13. Dalam laporan itu Utusan menyiarkan berita bahawa bekas Naib Presiden PAS yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato Dr Hassan Ali bersama-sama dengan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa tidak dicalonkan untuk bertanding pada PRU 13.

Penafian DPPN P.Pinang berkaitan laporan Utusan Online.

Mesyuarat Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPN) Pulau Pinang yg berlangsung pd Sabtu 20/8/2011 memutuskan bahawa DPPN P.Pinang dengan tegas menafikan bahawa himpunan yang dilaporkan dalam Utusan Online (seperti petikan di bawah ini) dianjurkan oleh DPPN P.Pinang.

Perlu dijelaskan bahawa Ust Hafiz Nordin yang dilaporkan mengetuai himpunan ini adalah bekas Ketua DPPN P.Pinang & tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan DPPN P.Pinang. Oleh itu, segala pandangan, komen, pendapat atau himpunan yang beliau anjurkan adalah mewakili dirinya sendiri & NGO yang dipimpinnya, bukan mewakili pendirian & pandangan DPPN P.Pinang.

Walaubagaimanapun, DPPN P.Pinang sangat menghargai pandangan & pendirian beliau serta turut mengalu-alukan sebarang pendapat dari mana-mana pihak dalam usaha untuk membela & menjunjung martabat Islam.

Read the rest of this entry

Babak Ketiga Kartun Utusan Meloya

Saya rasa Utusan pun tahu la. Lesen judi bukan diluluskan oleh kerajaan negeri, tapi oleh kerajaan persekutuan

“Saya rasa Utusan pun tahu la. Lesen judi bukan diluluskan oleh kerajaan negeri, tapi oleh kerajaan persekutuan. “Kalau Utusan cakap macam itu, macam dia menepuk air kena ke muka sendiri,” – Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR, 26 April: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berpendapat laporan akhbar Utusan Malaysia semalam bertajuk ‘Pulau Pinang lubuk judi?’ hanya mahu menempelak kerajaan Persekutuan.

Katanya, beliau tidak nampak isu tersebut memberi imej buruk kepada kerajaan negeri itu yang diterajui DAP, memandangkan umum mengetahui bahawa kuasa meluluskan lesen judi adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan yang diterajui Umno BN.

Begitu juga penguatkuasaan terhadap sebarang judi haram. Ia adalah bidang kuasa polis bukannya kuasa kerajaan negeri.

Read the rest of this entry

Isu Maulidur Rasul: Guan Eng kecam Utusan, KJ

sumber : Malaysiakini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengecam segelintir mereka yang bersikap ‘rasis’ yang didakwanya secara ‘terpilih’ mendedahkan dokumen yang mendakwa kerajaan negeri pimpinannya telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina anjuran kerajaan negeri di Komplek Tun Razak (Komtar) di Georgetown, Lim mensasarkan akhbar Utusan Malaysia dan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didakwanya telah mencetuskan ketegangan antara kaum berhubung perkara tersebut.

“Saya berharap semua orang menyambut Tahun Baru Cina dalam suasana harmoni. Namun ada segelintir yang memainkan sentimen perkauman,” kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

Utusan dan Bernama masing-masing melaporkan minggu ini dakwaan bahawa perarakan Maulidur Rasul untuk mengingatkan keputeraan Nabi Muhammad SAW telah dibatalkan oleh kerajaan negeri.

Malah, mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga pengerusi Insitut Kefahaman Islam (Ikim), turut mengulas perkara itu.

Dalam reaksinya terhadap laporan tersebut, Lim menafikan perarakan tersebut telah dibatalkan dan menyifatkan laporan itu satu pembohongan, dan berkata perarakan tahun ini akan diteruskan seperti yang dirancangkannya.

Lim juga berkata para menteri dari BN juga dijemput mengambil bahagian.

Bagaimanapun, dalam blognya, Khairy menyiarkan imej sepucuk surat – dari satu lagi blog pro-Umno – yang menyatakan perarakan itu telah dibatalkan.

Surat bertarikh 5 Februari 2010 itu dikatakan telah dihantar dari pejabat setiausaha kerajaan negeri, kepda semua ketua jabatan negeri dan pusat, badan berkanun serta presiden majlis perbandaran di Pulau Pinang.

Jawatankuasa negeri Pulau Pinang yang mengendalikan sambutan Maulidur Rasul di peringkat negeri itu, telah mengadakan satu mesyuarat pada 3 Februari lalu, dan memutuskan perarakan telah dibatalkan, menurut surat tersebut.

Sebaliknya, menurut surat itu lagi, satu perhimpunan akan diadakan pada 26 Februari di mana kesemua ketua jabatan dan badan kerajaan diminta hadir.

Sehubungan itu, Khairy berkata, Lim perlu menjelaskan perkara itu secara ikhlas dan jujur, selaras dengan aspirasi pentadbirannya yang cekap, berakauntabiliti dan telus.

Khairy juga menegaskan mengenai lamanweb jabatan halehwal agama Islam Pulau Pinang telah mengumumkan mengenai perhimpunan pada 26 Februari itu, tetapi tiada mengenai perarakan.

Tiga surat

Di Komtar hari ini, Lim sekai lagi menafikan perarakan Maulidur Rasul telah dibatalkan dan sebaliknya menuduh ada pihak yang cuba membesar-besarkan perkara itu.

Kerajaan Pulau Pinang, kata Lim, telah mengeluarkan tiga pucuk surat mengenai perarakan tersebut, dan tiada satupun yang mengandungi ‘keputusan muktamad’ mengenainya.

Surat pertama bertarikh 13 Januari, membincangkan mengenai perarakan dan meminta mereka yang dihantar surat itu, supaya menjawabnya pada 19 Februari, kata Lim.

Surat kedua – yang menurut Lim yang dirujuk oleh Khairyu dan pihak lain – dikeluarkan pada 15 Januari kepada semua masjid dan pertubuhan Islam – meminta maklumbalas mengenai perhimpunan dalaman Maulidur Rasul.

Manakala dalam surat ketiga bertarikh 12 Februari, kata Lim, dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua perhimpunan dan perarakan itu akan diadakan.

Sehubungan itu, Lim mendakwa, ada segelintir orang yang cuba memainkan sentiman perkauman dengan secara salah mentafsirkan perkara tersebut.

“Kita telah mengeluarkan tiga pucuk surat, tetapi mereka tidak membaca kesemuanya. Kemudian mereka membuat kenyataan palsu mengenainya,” katanya.

Lim juga membidaskan sesetengah media Melayu dan Inggeris yang tidak menyiarkan kenyataan kerajaan Pulau Pinang mengenai perkara itu.