KENYATAAN MEDIA Dewan Pemuda Pas Negeri P.Pinang ISU YDP MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

Merujuk laporan Sinar Harian 19/4/2012 serta media-media lain, jelas diketahui bahawa YB Abdul Malik Kassim telah dilantik sebagai YDP MAIPP oleh Seri Paduka Baginda YDPA berdasarkan kepada keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang telah dibuat sebelum ini. YB Dato’ Ust Salleh Man pula telah dilantik semula sebagai TYDP MAIPP.

Kami difahamkan bahawa MMK kemudiannya telah menamakan Pesuruhjaya PAS P.Pinang YB Dato’ Ust Salleh Man sebagai YDP MAIPP menggantikan nama yang telah dipersembahkan pada YDPA sebelum ini iaitu YB Abdul Malik Kassim. Pada masa yang sama juga nama YB Abdul Malik Kassim telah diperkenan oleh YDPA sebelum nama YB Dato’ Ust Salleh Man dipersembahkan kepada YDPA.

Ini bermakna Kerajaan Negeri telah mempersembahkan 2 nama calon YDP MAIPP secara serentak pada masa yang berlainan.

Kesilapan ini telah diakui sendiri oleh Timb Ketua Menteri 1 YB Dato’ Dr Mansor Othman seperti yang dilaporkan media pada hari ini.

Kerajaan Negeri juga difahamkan telah memohon mengadap YDPA bagi menjelaskan kesilapan ini & sedang menunggu perkenan mengadap tersebut.

Maka, atas dasar semangat setiakawan Pakatan Rakyat yang diamalkan, kami DPPN P.Pinang mencadangkan agar YB Abdul Malik Kassim mengosongkan kerusi YDP MAIPP ini dalam kadar segera dengan apa jua cara samada meletakkan jawatan atau menolak perlantikan tersebut, sementara menunggu perkenan YDPA untuk melantik YB Dato’ Ust Salleh Man sebagai YDP MAIPP menggantikan beliau.

Tindakan ini sangat wajar diambil bagi menunjukkan sifat bertanggungjawab diatas kesilapan kerajaan negeri seperti yang telah diakui, disamping menambah keyakinan rakyat & kepercayaan pengundi terhadap janji pilihanraya ketika Pilihanraya Kecil Permatang Pasir yang lalu. Ianya juga akan menambah-baik imej YB Abdul Malik Kassim selaku Ahli MMK yang diberi amanah portfolio agama, sekaligus imej Pakatan Rakyat itu sendiri terutamanya di P.Pinang.

DPPN P.Pinang juga mengambil peluang ini memuji & menghargai tindakan berani Kerajaan Negeri P.Pinang mengakui kesilapan yang berlaku dalam isu ini. Inilah ‘contoh hidup’ yang dapat dilihat oleh rakyat terutamanya di P.Pinang bahawa slogan ‘CAT- Cekap, Akauntabiliti & Telus’ bukan sahaja dilaungkan, bahkan dipraktikkan serta tetap terus diamalkan walaupun kadangkala ianya pahit. Ianya juga adalah selaras dengan tuntutan Islam yang sangat menuntut kita memperakui kesilapan & memohon maaf atas sesuatu kesilapan yang dilakukan.

Amalan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat ini jelas membuktikan bahawa Kerajaan PR adalah beratus kali ganda lebih baik dari Kerajaan BN yang tidak mengakui kesilapan-kesilapan yang dilakukan sepanjang lebih 50 tahun memerintah negara terutamanya ketika mentadbir P.Pinang sebelum ini.

Sekian, terima kasih.

Afnan Hamimi bin Taib Azamudden
Setiausaha Dewan Pemuda PAS P.Pinang

Posted on April 19, 2012, in kenyataan media and tagged . Bookmark the permalink. 2 Comments.

  1. Dewan Pemuda sepatutnya dptkan info dalaman dulu drp PJ, YB Ust Saleh sperti yg dibincangkan peringkat tertinggi PAS-PKR negri berhubung isu ini, sebelum keluarkan kenyataan sebegini….

    • Untuk pengetahuan, sebelum kenyataan ini disebar kepada umum, ianya telah dihantar kepada Dato’ PJ dan ianya telah mendapat perkenan beliau untuk disebarkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: