Category Archives: Semasa

Bersih haram bukan fatwa tetapi nasihat – Mashitah

sumber : harakahdaily

KUALA LUMPUR: Selepas hampir sebulan dimainkan media Umno kononnya Bersih 3.0 difatwakan haram, tiba-tiba hari ini Parlimen diberitahu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukan fatwa, sebaliknya adalah nasihat.

Penjelasan itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim (gambar) di Dewan Rakyat petang ini.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas kepada ucapan penangguhan oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim yang mendakwa fatwa tersebut membawa kekeliruan kepada rakyat.

Ahmad dalam ucapannya juga mendakwa fatwa pengharaman Bersih 3.0 itu juga bertentangan dengan konsep amar makruf nahi mungkar.

Beliau juga turut membawa pandangan ulamak antarabangsa seperti Dr. Wahbah Az Zuhaili dan Dr.Yusuf Al Qaradawi yang berpandangan sebaliknya.

Read the rest of this entry

Kuota Bumiputera: Najib ikut kata Soi Lek?

harakahdaily :

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengikut kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berhubung penghapusan kuota ekonomi?

Berucap pada Khazanah Megatrends Forum 2011 di sini semalam, Najib memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing.

Beliau berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan ‘kita harus menggalakan hak Bumiputera’.

Sementara itu, Soi Lek meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera mencapai matlamatnya.

Ini kerana, jelasnya dalam perniagaan di kebanyakan sektor seperti pembinaan, peniaga bumiputera lebih banyak mendapat kelebihan berbanding bukan bumiputera.

Katanya, perkembangan itu tidak sihat dan memerlukan perhatian serius daripada kerajaan kerana jika ia berterusan, peniaga bumiputera tidak akan mampu disaingi oleh pihak lain yang lebih layak.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Kongres Ekonomi Cina bertajuk Peranan Masyarakat Cina Mencapai Sasaran Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di sebuah hotel di ibu negara pada 14 Ogos tahun lalu.

Kelantan tetap tuntut royalti: Husam

Oleh : Berita Harian Online

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tidak mengiktiraf pembayaran wang ehsan bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu menerusi projek pembiayaan projek pembangunan seperti yang diumum Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi tadi.

Exco Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan,dan kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa, berkata kerajaan Kelantan sebaliknya tetap menuntut pembayaran royalti.

Beliau berkata, kerajaan negeri menimbang melantik panel peguam untuk mengkaji tindakan membatalkan perjanjian dengan Petronas yang ditandatangani pada 1975.

Kita juga akan kaji ambil injunksi terhadap syarikat yang menjalankan operasi di kawasan pengeluaran di pesisir Kelantan di mahkamah luar negara iaitu di Amerika Syarikat dan Kanada (iaitu negara asal syarikat berkenaan).

“Namun, kerajaan negeri tidak menutup pintu rundingan dan sedia berundin dengan Kerajaan Pusat,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, sebentar tadi.

Beliau mengumumkan reaksi kerajaan Kelantan berhubung pengumuman Datuk Seri Najib Razak berhubung pemberian wang ehsan kepada Kelantan di Parlimen pagi tadi.

Husam juga mendakwa Perdana Menteri membuat kenyataan salah di parlimen kerana pembayaran kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu disebut royalti walaupun hasil minyak diperoleh di kawasan yang juga melebih tiga batu nautika dari pantai negeri terbabit.

Katanya, walaupun pembayaran kepada Terengganu itu disebut wang ehsan, ia dibuat terus kepada kepada kerajaan negeri.

“Ini berbeza dengan cadangan di Kelantan yang mana wang ehsan itu akan diurus Kerajaan Pusat,” katanya.

Jambatan dibina tergesa-gesa untuk kem 1Malaysia

 

 

Jambatan gantung maut yang mengorbankan tiga nyawa murid sekolah di Kampar dibina “secara tergesa-gesa” untuk program Kem Perkhemahan 1Malaysia, kata seorang pemimpin PAS setempat.

Ahli jawatankuasa PAS Kuala Dipang itu memberitahu Malaysiakini, perkara itu disedarinya apabila melihat kesan runtuhan jambatan tersebut sejurus selepas kejadian pada malam Isnin lalu.

Ahmad Damanhuri Talib, 49, berkata pemerhatiannya menunjukkan bongkah konkrit yang menjadi penyangga kepada jambatan gantung itu telah tercabut pada masa kejadian, menyebabkan jambatan tersebut runtuh.

“Nampak dibuat lebih kurang saja. Kalau rumah yang orang nak duduk pun kena ada penilaian, inikan pula jambatan untuk murid sekolah,” katanya, yang mendakwa turut menyertai operasi menyelamat mangsa bersama seorang rakannya.

“Konkrit tapaknya nampak belum mantap dan tanah di bawahnya pun belum kemas lagi sebab itulah penyangganya terbungkas.”

“Tapak untuk tiang itupun tidak ada cerucuk, cuma dimasukkan dalam tapak konkrit saja,” katanya.

 

Ahmad Damanhuri juga yakin tindakan kumpulan murid sekolah yang menyeberangi jambatan itu beramai-ramai turut menyumbang kepada faktor tragedi.

“Mereka masa itu tengah rehat, cikgu-cikgu pula tengah ada taklimat di sekolah (SK Kuala Dipang).

“Jadi pelajar-pelajar ini bebas menyeberang jambatan tanpa kawalan,” katanya lagi.

Tambahnya, kontraktor yang terlibat membina jambatan tersebut juga mungkin kesuntukan masa untuk menyiapkan projek tersebut dalam masa singkat.

“Ini memang projek yang dibuat khas untuk kem itulah. Mereka kena siapa hari itu juga, sebab itulah hasilnya lebih kurang saja,” katanya.

MASIH ADAKAH SINAR SYAWAL UNTUK KAMI ?

Dipanjangkan dari emel sahabat cawangan Bandar Perda :

Assalamualaikum wbt semua sahabat dan sahabiah dan salam sejahtra
semalam kami ( Pas Cawangan Bandar Perda ) membuat Majlis Sumbangan kepada orang Fakir , miskin , Ibutunggal dan OKU .
Kami pergi  terus ke rumah Nasair
Pihak kami telah pun memberi sumbangan , namun hanyalah sedikit daripada yang lebih banyak lagi .Saya ingin mengajak kepada semua kita dapat menyelami isi hati Nasair , Isterinya dan anak-anaknya .
Walaupun Nasair boleh bercakap namun tidak suara yang terkeluar daripada bibirnya hanya gerak bibirnya sahaja. Ini adalah kerana kerongkongnya telah pun ditebuk dalam rawatan sudah hampir setahun .Beliau hanya boleh memberi mesejnya dengan hanya menangis yang bersungguh-sungguh , mungkin itulah isyarat yang beliau ada untuk memberitahu kepada orang ramai yang datang melawat beliau .
Syawal menjelang tiba , kita dapat bayang sejenak apakah yang difikirkan oleh Nasair dan Isteri beliau . Namun hanya Allah sahaja yang maha mengatahui . Beliau tidak meminta atau menyuruh saya mewar-warkan kisah hidup beliau dan penderitaan yang dialami , namun hakikatnya saya rasakan kita patut berkongsi bersama penderitaan yang beliau rasai , selagi mana kita dipanggil manusia .
Adalah kita boleh menjadi penonton sahaja , lihat tampa berbuat sesuatu kepada beliau dan keluarga . Ini nasib beliau yang Allah swt anugrahkan , nasib kita belum tentu lagi . Beliau sudah tidak berkerja dan Isteri beliau juga telah pun berhenti kerja , kerana tidak ada orang untuk menjaga suaminya . Untuk pengatahuan Nasair tidak dapat berjalan kerana kakinya sudah menjadi kaku. Beliau tidak boleh mengurus dirinya sendiri , bantuan isterinya adalah sangat berharga kepada beliau .Kecekalan dan kesabaran isteri beliau kita harus menyanjung tinggi demi suami yang tercinta .
Saya merayu bersungguh-sungguh agar dapat kita membantu beliau dan keluarganya dengan satu tindakan yang serius dan bertanggungjawab . Lihat gambar yang diattach itu dengan pandangan yang mendalam hingga ke lubuk hati kita . Tanyalah dalam hati kita apakah yang boleh kita bantu .

Biodata beliau :

Nasair bin Sharudin
Isteri Fairus bt Ismail
Anak-anak  1.Nur Aisyah dan NurAliah
No. A/c : 07330015309525 CIMB
Alamat Rumah : BLOK H-G-11 Pangsapuri Permata , Bandar Perda , 14000 Bukit Mertajam
Kami yang berusaha :
Hj.Mohamad Asre b. Hj. Jusoh
Ketua Pas Cawangan Bandar Perda
Tel No : 0195771926
Tolong sebarluaskan e-mail ini , moga-moga Allah swt kurniakan hidayah agar tersentak kalbu orang ramai untuk membantu Nasair dan keluarganya .

* Perhatian E-mail ini bukan wujud hanya semasa menjelangnya Hari Raya sahaja tetapi sepanjang masa .

Nasir
Nasir

Hukuman rotan syariah tidak melukakan

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sekitar Majlis Pengebumian Pak Hamdan, YB Permatang Pasir

Bantuan Kewangan Diperlukan

Salam

Para dermawan sekalian, pemuda pas penang memerlukan sumbangan sebanyak RM10 000 untuk membiayai 2 anggota Unit Amal yang kritikal di Hospital Sungai Buloh yang terlibat dengan kemalangan untuk ke Himpunan Mansuh ISA.

No Akaun Bank DPPN Penang :

Bank Islam : 07016010059732 – Atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang

Ceramah Mansuh ISA : Tahniah dan terima kasih

Dari blog Ustaz Yusni Mat Piah..http://ustazyusni.wordpress.com

Salam Perjuangan

Sekalung tahniah diucapkan kepada sekalian petugas unit amal serta pimpinan Dewan Pemuda PAS negeri, unit amal serta pimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan dan cawangan serta sekalian rakyat yang prihatin di atas kejayaan ceramah semalam. Keadaan semalam membuka mata masyarakat setempat akan kebiadaban polis di depan mata mereka sendiri.

Ia juga menunjukkan ketidakcerdikan polis yang tidak berjaya memadamkan suara rakyat. Diharap contoh sebegini berulang lagi. Jumpa lagi pasda 1 Ogos nanti.

Bersama membolisasi Rakyat

Kita berjumpa pada 1 Ogos 2009 di KL.

TAKBIR

Tertuduh Sepatutnya Dikenakan Hukuman Rejam – Hakim

“Majistret Iriane Isabelo, yang mengutuk perbuatan itu, berkata tertuduh yangberagama Islam sepatutnya dikenakan hukuman rejam, lapor Bernama.

— Hakim kata tertuduh sepatutnya dikenakan hukuman rejam, tapi alangkah baiknya jika hakim berkata bahawa negara kita sepatutnya menguatkuasakan undang-undang hudud untuk membendung gejala seperti ini…. Read the rest of this entry